New Entri

Sunday, December 13, 2009

Ressa Herlambang – Menyesal


Ressa Herlambang – Menyesal

semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski di hati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia

bila cinta tak lagi untukku
bila hati tak lagi padaku
mengapa harus dia yang merebut dirimu

bila aku tak baik untukmu
dan bila dia bahagia dirimu
aku kan pergi meski hati tak akan rela

terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu

bila cinta tak lagi untukku
bila hati tak lagi padaku
mengapa harus dia yang merebut dirimu

bila aku tak baik untukmu
dan bila dia bahagia dirimu
aku kan pergi meski hati tak akan rela

bila cinta tak lagi untukku
bila hati tak lagi padaku
mengapa harus dia yang merebut dirimu

bila aku tak baik untukmu
dan bila dia bahagia dirimu
aku kan pergi meski hati tak akan rela

terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu

LAGU TEMA SINETRON TASBIH CINTA

Thursday, December 10, 2009

Cinta Seorang Isteri

Benarkah masih wujud isteri yang setia..? erm.. bagi aku, yea, still ada. cinta sebagai syarat kesetiaan. nak cite sikit,

ayah aku dah lama meninggal, so orang yang paling bersusah payah nak besarkan anak paling 'baik' macam aku ni surely my mom la. bila duduk rehat2 je kan, aku selalu gak acah mak aku tu, mak tak nak kahwin lagi ke? mak cakap, 'tamao ah. ti mak tinggal adik nak ke?'. err.. aku terus la menggelengkan kepala aku ni laju2. nak kawin, kawin je lorh. jangan la tinggalkan aku..huhuu.. tapi, time tu aku tahu, mak memang sayang sangat kat ayah. ayah ke? entah, dah lupa dah aku panggil ayah aku tu siapa..... hmmm...

mak selalu cite benda yang baik2 tentang ayah semasa poses tumbesaran aku sedangkan aku tau, melewati hidup dengan ayah bukan satu kehidupan yang bahagia. mak terpaksa hidup dengan anak2 ayah yang lain yang memang tak sukakan mak. mereka fikir mak cuma nak harta ayah, kalau tak, masakan mak sudi mengahwini ayah pada usia ayah yang memang dah jadi warga emas dah pun. well, mak aku nak jaga korang la ngok..! heh.. maaf.. gurau jewp..
time mak ngandungkan aku, mak selalu tak dapat apa yang dihajati coz anak2 dia yang lain tu conquer makanan yang ayah beli. tapi, mak sabar je. poor my mummy...

okay, back to the story where i asked my mom nak kahwin lagi tak..
mak cakap,
ada kenangan yang mak tak dapat nak lupakan bila bersama dengan ayah. kalau mak dapat lupakan kenangan tu, maybe mak akan kahwin lagi lepas ayah dah pergi. tapi, yea.. mak memang tak dapat nak lupakan. aku dengan gatal mulutnya pun betanya dengan mak aku tu, kenangan apa la yang susah nak lupa tu. mak pun bercerita,

'hari tu hari pertama mak keluar dengan ayah lepas kawin, berdua je. makan nasi goreng. ayah tempah 2 air sirap.
ayah: nor, nanti kalau aku mati, kau kahwin lagi tak?
mak: ish, tak la ayahnya.
ayah: kalau kau nak kahwin, kahwin je la. aku benarkan.
(ayah ambik air sirap. then minum)
mak: ayahnye, tu kan air nor.
ayah: oh, patutlah sedap semacam je.
(ayah letak balik, then ambik air dia. mak dah blushing kot. hehee)
mak asyik teringat je ayah setiap kali minum air sirap.'

aku tengok mak dah sebak. ololooorh~~ touching but romantik la gak. hahaa. tak sangka ayah muley seromantik itu. waaaaahhhh.. patutla mak aku suka air sirap berbanding air2 yang lain..
erm.. bila fikir2kan balik, kenagan tu macam biasa je, tapi bagi mak aku, kenangan tu memang precious gilerrr ah. orang cakap mak ni janda menggatal, sesuka je, padahal, mak memang tangkap cintan la sama ayah. cinta mak kat ayah aku memang salute habis lah.

hopefully, someday, i will be like that too...loving someone and never ever forget him err.. likely like selagi hayat masih bernyawa................. ^_^

Wednesday, December 2, 2009

Cinta Pungguk Hanya Untuk Bulan

pada mulanya

matahari mulai mengantuk, matanya semakin berat, kadang2 sengaja dia pejam untuk hilangkan pedih mengantuk. cahayanya semakin kuning bertukar jingga. kemudian langit menjadi unggu dan malam pun tiba.

pungguk keluar perlahan-lahan menjenguk ke langit. matahari sudah hampir lena, sebentar lagi bintang akan menyusul diikuti bulan. ya bulan. bulan yang amat dirinduinya buat sekian lama. terlalu lama sehingga dia terlupa. bulan yang amat dia sayang segenap hatinya. pernahkah kamu paham? pernah kamu jatuh cinta? pernah kamu tulis nama kekasihmu berulang2 kali hanya untuk mengubat rasa rindu? kemudian kamu senyum sendiri dan berharap untuk berjumpa dengannya. bukan untuk mengucapkan kata setia dan bukan untuk melepaskan rasa. cuma untuk duduk disebelahnya.untuk melihat wajahnya dan tenung matanya dalam2. kamu pernahkah bercinta? pungguk melompat ke ranting lebih tinggi untuk menunggu sang kekasih yang amat dicintainya- sang bulan.

pari2 baru bangun dari tidur. seluruh badannya terasa lenguh. sudah tiga puluh tahun dia menentang fitrah pari2, tidur siang jaga malam. selama itu jugalah dia terbang kepelusuk dunia mencari tangisan perindu bulan. baginya, tangisan itu telah meragut segala kegembiraan dalam dirinya. setiap kali malam, dan setiap kali pungguk menangis, air matanya akan turut mengalir. hatinya sebak tidak semena-mena. dia tidak kenal si pungguk, tapi dia tahu itu suara pungguk. dia tak tahu apa kisahnya pungguk dan bulan.dan dia tak kesah. dia cuma sayu bila mendengar rayuan pungguk. hatinya turut menangis bila pungguk menangis. dia juga pernah bercinta. dia nekad untuk hentikan tangisan ini, apa cara sekalipun, agar sang pari-pari bisa senyum semula.

Bulan menjengah di sepenggalah langit. Dia sudah lama di situ, Cuma silau matahari membuatkan dia tidak kelihatan. Sudah lama dia melihat sang pungguk dan pari2. sang pungguk adalah kekasih yang setia- terlalu setia mungkin. Setiap malam dia khusyuk mendengar lagu rayu sang pungguk tanpa pernah bosan. Bulan memang sayangkan sang pungguk. Segenap hatinya. Tapi dia sendiri sedar cinta ini takkan kemana-mana. Setiap malam ingin saja bulan menjerit agar sang pungguk berhenti mencintainya. Cukup! Cintamu sebenarnya menyeksa aku. Tapi dia tinggi melangit sedangkan pungguk di muka bumi. Jika dia jerit dengan sepenuh hati, tidak mungkin pungguk dengar suaranya. Bulan terseksa. Kamu pernah bercinta? Kamu pernah melihat kekasihmu dari jauh tapi tak mampu mendekatinya dan bisikkan terus ke telinga bertapa kamu sayangkan dia? Bulan yang besar dan hebat itu sebenarnya banduan cinta. Kamu hanya akan paham jika kamu pernah bercinta.

malam yang disangka malam takdir

Bulan juga perhatikan pari2 setiap malam. Terbang ke sana ke mari tak tentu haluan. Bukan aku dan pungguk saja merana, kasihan sang pari2 kerana terlibat sama.
Malam itu malam takdir, pungguk seperti biasa menyanyikan gita setianya. Setiap perkataannya disempurnakan setelah sekian lama menyanyikan. Setiap sebutan lahir dari hatinya. Tulus, dan terus dari hati. Pilu, sedih, rindu, rayu diucapkan betul2. setiap malam begitu. Begitulah dia sempurnakan syairnya.

Pari2 berterbangan seperti kelip2, kadang-kadang ke kiri, kadang-kadang ke kanan, mencari sang pungguk. Malam ini malam takdir katanya, dia dapat rasakan pencariannya akan tamat malam ini. Suara pungguk yang dapat didengar diseluruh alam itu semakin lama semakin dekat, telinga tajamnya digerak-gerakkan mencari sumber bunyi yang sekian lama mengganggu jiwanya. Sesekali diam terbang tinggi, untuk mencari sang pungguk. Sayapnya bercahaya terang malam itu. Hatinya lupa untuk menangis. Apakah itu malam takdir yang akan ketemukan dia dengan si pungguk?

Bulan melihat kejadian itu dari atas. Ingin dia senyum kerana akhirnya pari2 dapat berjumpa dengan pungguk. Tapi sayu suara pungguk benar2 meresahkan jiwanya. Setelah sekian lama, bulan masih belum lagi bosan dengan lagu pungguk, malah, semakin hari bertambah pula rindunya kepada pungguk.

Pungguk melihat dari jauh ada cahaya terang menghampirinya. Gita yang dinyanyikannya terganggu kerana cahaya itu. Pemburu kah itu? Bagus juga, rela aku mati saja dari begini selamatnya. Ataukah itu pesuruh bulan yang datang membawa berita kepulangan kekasihnya itu. Matanya masih merenung bulan. Semakin lama semakin dekat pula cahaya itu. Ah! Kalau itu pemburu yang datang untuk membunuh aku, aku akan mati tanpa sempat bersama bulan. Bulan pasti bersedih, atau mungkin juga dia akan gembira!

Bulan cemas. Apa yang pari2 akan buat kepada pungguk? Dia tak pernah fikir soalan ini sebelum ini. Gita sang pungguk memang telah menyeksa si pari2. dia telah tinggalkan segalanya hanya untuk mencari suara pungguk. Mungkinkah pari2 akan membunuh pungguk? Ya, mungkin saja. Penderitaan pari2 akan berakhir dengan terhentinya alunan sedih lagu pungguk. Ya! Mungkin saja! Tapi bagaimana aku nak beritahu sang pungguk? “Lari pungguk! Lari!”

Bulan tahu suaranya takkan sampai ke telinga pungguk. Terlalu jauh. Bulan terduduk. Harap-harap pungguk takkan diapa-apakan.mungkin saja pari2 datang untuk memujuk pungguk. Pari2 ada pengalaman hitam. Dulu masa isterinya hilang, pari2 juga hilang arah. Tapi setelah sedar kekasihnya takkan kembali, pari2 mulai redha. Ya! Semoga dia dapat memujuk agar pungguk redha. Hentikan kerja sia-sia ini. Kita takkan dapat bersama!

Pari2 dapat melihat susuk pungguk. Ya! Malam ini malam takdir! Malam ini malam terakhir dia perlu terbang macam pari2 gila. Masih dia ingat bagaimana rakan2nya menasihatinya agar tidak membuat kerja sia2 mencari pungguk. Dia masih ingat bagaimana rakan2nya menariknya agar tidak teruskan niatnya itu. Dia tak peduli. Malam ini akan jadi saksi. Malam ini malam penamat. Malam ini malam takdir.

“Wahai pungguk, dapatkah kau berhenti menyanyi?”



harganya cinta

Gitanya terhenti. Pungguk menoleh ke arah pari2. ini kali pertama dia berhenti menyanyi bila disapa. Rakan2nya sedia maklum untuk tidak menganggunya ketika dia sedang menyanyi. Jika dimarahi pun, belum tentu pungguk akan berhenti. Tapi ini lain. Pari2 yang berdiri di hadapannya itu nampak tulus. Pemintaannya bukan kerana benci, tiada amarah terpancar di wajahnya. Malam itu gelap. Cuma ada cahaya bulan dan cahaya pari2 itu. Pungguk terus merenung pari2 itu. "Aku mahu paham apa maksudmu."

Wahai pungguk, lagu kamu benar-benar menyiksa jiwaku. Gitamu aku rasai dengan sepenuh ragaku. Wahai pungguk, jika kamu kasihani aku, berhentilah menyanyi.
Sang pari-pari menunjukkan wajahnya. Rayuannya kudus. Dia harap benar sang pungguk paham. Namun dia tahu pemintaannya tak mudah untuk diterima sang pungguk.

“Wahai pari2, kau datang dari entah mana, dan permintaan kau bukan mudah untuk aku tunaikan. Wahai pari2, maaf aku tak boleh berhenti.” Pungguk tidak teruskan lagunya. Dia masih mahu dengar apa yang pari2 mahu katakan.

"Pungguk, aku datang dari jauh. Aku sudah lama mencari kamu. Jiwaku tidak aman bila mendengar suaramu. Hatiku menangis bila mendengar lagumu. Aku tak tahu kisahmu, tapi aku dapat rasakan, kita senasib. Oleh itu, kasihani aku wahai sahabat."

Pungguk pula tunduk. Dia tidak tahu lagunya telah mengganggu jiwa orang lain. "Maaf". Jawap pungguk pendek.

"Kalau kita senasib, kau akan paham kepayahan aku. Kalau kau pernah bercinta, kau akan dapat lihat aku merana. Wahai pari2, permintaan kau tidak dapat aku penuhi. Tapi sahabat, jika ada permintaan lain, katakan saja, jika dapat aku langsaikan."

Pari2 paham. Dia sangat paham. "Apa yang dapat aku lakukan untuk kau berhenti menyanyi?"

Pungguk tersentak. "Ya Tuhan, ini memang malam takdir! "

"Kau pun tahu aku ada kesaktian, katakan apa saja. Aku cuba lunaskan."

Pungguk menghampiri pari2. "kau tahu, aku pernah cuba terbang untuk ke bulan selama seminggu. Selama itu aku tidak makan dan tidur. Aku cuma terus terbang dan terbang. Sampai satu masa, aku pitam dan jatuh kembali ke bumi. Wahai pari2, bolehkah kau membawa aku ke bulan?".

Pari2 menarik nafas panjang. Udara malam itu disedut memenuhi paru2nya. Dihembusnya perlahan-lahan. “Boleh”. Diantaranya nafasnya itu dia telah membuat keputusan untuk menggadaikan nyawakan untuk cinta sang pungguk. Pari2 maklum, dia perlukan segala kesaktiannya untuk membawa pungguk ke sana malah ia mungkin mengundang maut!

Tapi dengan satu syarat, kau mesti pulang sebelum matahari menjelma.


Sang Pungguk pun ketemu bulan


Bulan melihat pungguk melompat2 gembira. Dia sendiri tidak tahu apa nak rasa. Dia ada banyak sebab untuk tidak gembira. Dia tahu, ini akan menambah luka kerinduan. Tapi dia takkan menolak untuk bersama kekasihnya. Ah! Bulan mengelupur. Mana satu ni? Nak suka atau nak sedih?

Pungguk tersenyum lebar. Dia masih ingat untuk senyum rupanya! "Cepat pari2. Cepat hantar aku ke sana."

Pari2 diam. Matanya tertutup rapat. Tangannya memegang sayap pungguk. Pungguk rela. Dikatup sayapnya dan kini seluruh badannya dalam genggaman pari2. terkumat-kamit pari2 membaca doa. Sayapnya terang benderang. Tiba-tiba pungguk hilang. Pari2 rebah. Tiada lagi cahaya dari badan pari2. mukanya pucat. Matanya masih terbuka, mulutnya ternganga. Tiada bunyi nafas dari dadanya.

Kenapa kau sanggup wahai pari2? Kenapa kau korbankan nyawa untuk diri yang kau tak pernah kenal? Adakah demi cinta? Kerana kau kenal cinta?

Dunia kelam. Bila pungguk buka matanya, dia berada di bulan! "Wahai sayang. Kita ketemu juga. Wahai bulan, katakan kepada ku sesuatu. Apa saja. Aku rindu suara mu. Aku rindu dakapan mu. Aku rindu semuanya tentang mu. Aahh… tak mungkin semudah itu. Biar aku ceritakan semuanya, semua benda yang aku rindu."

Pungguk mendakap bulan. Didepangkan sayapnya ke tanah bulan. Pelukkannya tak berbalas. Sunyi. Tiada satu pun kalimat keluar dari mulut bulan. Air matanya mengalir lagi.

"Hai bulan! Setiap malam aku menangis. Setiap malam aku merinduimu. Padamulanya aku tandakan rasa rindu aku dengan satu cakaran di tanah bumi. Bila aku sedar, cakaran itu menjadi kawah dalam. Bila aku rindu padamu, setitis air mata ku jatuh. Bila aku sedar, kawah itu menjadi tasik. Wahai bulan, katakanlah padaku sesuatu, walaupun dengan dengan satu kata."

"Pungguk, kenapa kau ke mari sayangku? Tidakkah kau tahu perpisahan kali ini akan merobek hatiku? Tidakkah kau tahu nyanyian mu saban malam bagaikan pisau tumpul yang menghiris perlahan hatiku? Kenapa kau datang malam ini? Tidakkan kau tahu pertemuan ini hanya seketika?"

"Wahai bulan, walaupun aku hanya dapat bersamamu untuk sedetik dua, akan ku datang jua."

"Tapi perpisahan ini akan menjadikan aku gila."

"Aku telah gila tanpamu."

Bulan senyap. Dia cuma ingin terus dalam dakapan pungguk. Biar dia tenggelam dalam suasana itu.

"Oh bulan, berapa lama sudah aku tak mengalami cinta sebegini?"

"Aku sentiasa memerhatikan kamu. Aku sentiasa mendengar rayuanmu. Apakah dayaku."

"Maaf jika lagu itu mengganggu hidupmu"

"Tidak. Dialah temanku. "

Sunyi lagi. Pungguk dapat melihat bayang2 bulan di bumi. Dia masih tak percaya dia dapat memeluk bulan malam ini. Dalam hatinya ada seribu cerita yang nak dia kata kepada bulan.

"Kamu harus berhenti begini. Cinta kita memang tiada harapan. Kau pun tahu."

"Tapi odisi teruskan jua, kan penolope? Walau mati hidup semulapun, odisi harus bersama penolope. Walau penggantinya bidadari, aku masih mahu penolope."

"Odisi cuma sesat dilaut. Tapi kau pungguk, merindui bulan!"

Pungguk diam. Dia tau itu benar. Persoalan yang susah-susah ini membuatkan dia mahu terus diam.

Malam itu bumi sunyi dari suara pungguk.

Tapi esok bagaimana?

menentang matahari

Pagi itu matahari bangun awal. Dia buka mata perlahan2. Dia akan menjengah dunia dari ufuk timur. Seperti setiap hari, tanpa gagal.

Pungguk terjaga dari lena. “Ahhh!! Matahari sudah jaga. Hay bulan, aku tak mahu berpisah dengan kau lagi”. Bulan tersenyum tanpa kata. Bibirnya terukir senyum. Air matanya melimpah. Dia menangis sepanjang malam. Pungguk hilang arah. Semuanya menjadi gelap. Kini pungguk berada di bumi.

Pungguk berlari2 mendapatkan pari2. Pari2 masih terbaring di tempatnya semalam. Wajahnya putih pucat. Pungguk mengoncang2 tubuh longlai pari2. “Hantar aku kembali ke sana!”. Pari2 tidak menjawab. Pungguk sendiri tidak pasti samada pari2 masih hidup atau tidak.

“Ini semua salah kau! Kalau kau tak bangun, aku akan masih bersama bulan! Kenapa kau perlu bangkit dari tidur? Kenapa kau tak biarkan aku terus bahagia?”.

Matahari terpingga-pingga. Air kopi dan roti canainya masih belum di sentuh. Dia masih memegang buku yang sedang dia usahakan untuk habis. Matanya sekarang tepat memandang ke arah pungguk.

Pungguk tak peduli lagi. Dia terus melompat untuk dapatkan matahari. Dia mahu menentang matahari. Kerana mataharilah dia dan bulan terpisah tadi. Dia meluru ke arah musuh barunya. Kenapa kau mesti jaga? Semakin tinggi dia terbang, semakin panas rasanya. Bulu pelepahnya mula terasa bahang.

Matahari menghirup kopi o. Biji kopi itu dikisarnya sendiri.

Pungguk masih berusaha menentang matahari. Dia pejamkan mata kerana sinar gemilang sang matahari.

Matahari mengambil pen dan menulis sesuatu di buku yang sedang dia bacanya tadi. Dibaling buku itu tepat mengenai kepala pungguk.

Punggung pening. Semuanya menjadi gelap semula.

pulas

Matanya dibuka perlahan2. Berpinau2 rasanya. Di kirinya dilihat tubuh pari2 masih terbujur kaku. Di hadapannya sebuah buku usang. Itulah buku yang dicampakkan matahari kepadanya. Dia menghampiri buku itu. Ada tulisan matahari, “ini untuk kamu”.

Ada bulat pada satu frasa. Katanya, “barang sesiapa yang tidak belajar dari zaman tiga ribu tahun yang sudah berlalu, hidupnya seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. –GOETHE

Pungguk tundukkan kepalanya. Badannya direbahkan ke tanah. Malunya rasa. “Bodoh betul aku ini”.

-credited to bumilangitblog.com

Friday, October 30, 2009

Khidmat Masyarakat Form 5 SMKSB

Bismillahirrahmanirrahim


Sebagai batch pertama yang mengambil matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan, kami dikehendaki untuk membuat satu khidmat masyarakat.


Setelah mendapat kelulusan dan perbincangan daripada pengetua tercinta, maka dengan ini diistiharkan, seluruh tingkatan lima SMKSB akan melayarkan khidmat bakti, mengerah seluruh tenaga di Rumah Anak-anak Yatim pada 23 Okt 2009.



Ramai juga guru-guru yang secara tidak langsung melibatkan diri dalam aktiviti ini.




Saya sempat bertengkar lagi dengan cikgu baru+muda+tak pandai jaga bahasa.


‘Kamu tahu, sepatutnya kamu sahaja tau yang buat semua kerja-kerja ni. Tengok tu, bersih je.’


‘Bersih tak membawa maksud tak buat kerja, cikgu ooi.’


‘Siapa cakap? Ini la perempuan. Tau bermake-up je. Kotor-kotor tak nak la.’


‘Saya la yang cakap. Apa la cikgu ni. Gotong-royong tu melibatkan banyak pihak. Lagipun, kami tak suruh pun cikgu tolong. Then, cikgu jangan pertikaikan standard seorang perempuan. Nanti, kaum Hawa juga yang cikgu akan kahwin.’


‘Dah-dah. Pergi buat kerja.’


Ahaa~ ni la ayat bila orang sudah tiada modal untuk membahas kembali.



Rehat time; kami dijamu dengan air mineral dan bihun. Selain itu, dapatlah beberapa bungkus roti Gardenia. Sedap..! sebab dah penat.



Setelah solat asar, kami meneruskan agenda kami. Tanam pokok bunga. Ada sesetengah pelajar rehat-rehat je. Adoiyaii..


530p.m. pulang. Sebelum itu, kami sempat bergambar sebagai kenang-kenangan. Overall, yeah..! best walaupun penat sangat-sangat..



Wednesday, October 28, 2009

harijadi pengetua; Pn. Marpuaton Sastero

bismillahirrahmanirrahim..

ini gambar pertama yang kusinggahkan ke blog ini. esok merupakan hari jadi puan pengetua tersayang, Puan Marpuaton binti Sastero yang ke 47. diharap dengan pertambahan umur ini, bertambah jugalah keimanan dalam melewati dunia untuk bermusafir ke syurga Ilahi, insya-Allah. kami sayang mama!!



beliau mula memasuki SMKSB dari tahun 2009 menggantikan Puan Salmah yang berhijrah ke SMK Saujana Utama. semenjak kehadiran beliau banyak perubahan yang dilakukan dan kami ... terpaksa bekerja lebih keras untuk membanggakan beliau kerana terlalu banyak pengorbanan yang beliau telah lakukan agar kami berjaya mencapai 10++A+. insya-Allah mama.

ini sedikit ucapan buat bonda SMKSB tersayang,

Bonda Marpuaton Sastero,

Kehadapan bonda pengetua yang kami hormati dan sayangi..

Semoga bonda sentiasa sihat di bawah lindungan Yang Maha Esa bersama keluarga tercinta. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ” Selamat Hari Lahir yang ke-47”. Semoga Allah memberkati hidupmu, bonda.

Bonda,

Kejarlah apa yang bonda impikan dengan penuh kesungguhan, keberanian dan kesabaran. Andainya suatu hari nanti bonda bertemu kesulitan mahupun kegagalan, hadapilah ia dengan ketabahan dan kecekalan. Jangan mudah mengaku kalah. Di sebalik kekalahan, keperitan itu tersimpan rahsia yang di luar pengetahuan kita. Manusia tidak akan belajar mengenai warna warni kehidupan jika hanya berani dengan senyuman gembira semata-mata.

Bonda,

Maaf dipohon andainya kata-kata di atas ada mengguris hati atau perasaan bonda. Ingatan itu untuk kami juga. Maaf juga andai selama ini kami melakukan perkara kurang baik pada pandangan bonda dan berkata yang kurang manis. Doakanlah kejayaan kami malah rakan-rakan kami yang berlainan kelas juga. Restuilah dan halalkan segala apa yang bonda berikan agar segala ilmu yang kami terima akan sentiasa diingati dan memudahkan segala urusan kami ketika menduduki peperiksaan kelak.


ikhlas daripada; all 5A students.. ^_^


Tuesday, October 27, 2009

Cinta Yang Kucari?

ISLAM adalah agama yang hakiki dan realiti, bukannya agama khayalan atau melawan arus fitrah insan. Oleh yang demikian, Islam tidak menafikan terdapat di sana perkara-perkara yang dikasihi, disukai dan dicintai oleh manusia kerana ia sememangnya merupakan kecenderungan dan fitrah setiap insan.

Maka seorang manusia itu akan mengasihi keluarga, harta dan tempat kediamannya. Namun, tidak sepatutnya terdapat sesuatu di dunia dan akhirat lebih dikasihi daripada kecintaan terhadap Allah dan Rasul. Jika berlaku sedemikian, maka dia adalah orang yang kurang imannya dan wajib dia berusaha untuk menyempurnakan keimanannya. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

....................................................................................................................................................................

Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah. (al- Baqarah: 165)

.....................................................................................................................................................................

Dunia hari ini menyaksikan umat Islam tidak lagi menjulang cinta kepada Allah sebagai cinta yang utama, tidak lagi mahu bermujahadah mengejar cinta Khaliqnya. Sebaliknya, sentiasa bersemangat dan memperjuangkan cinta kepada dunia dan hamba-hamba dunia.

Saban waktu sang kekasih berusaha mengenali hati kekasihnya tetapi tidak pernah sesaat sang hamba berusaha mengenali Khaliq dan kekasihnya yang sepatutnya menjadi cinta awal dan akhirnya.

Menyebut cinta kepada Allah atau menyebut nama Allah terasa tawar dan hambar, tetapi menyebut cinta kepada manusia terasa sungguh bahagia dan menyeronokkan. Kenapa tragedi ini boleh berlaku, sedangkan Allah itu bersifat Maha Sempurna, manakala manusia bersifat dengan segala kekurangan.

Mencintai Allah tidak akan pernah ada erti kecewa atau dikhianati. Allah memiliki kemuncak segala kecantikan, keagungan dan kebaikan. Cinta kepada-Nya pasti dibalas dengan pelbagai curahan nikmat dan rahsia yang seni.

Pendek kata, akal yang singkat turut mengatakan, Allah paling layak dicintai kerana Dia memiliki segala ciri-ciri yang diingini oleh seorang kekasih.

Perkara paling pantas untuk menarik seseorang mencintai Allah ialah dengan merenung kemuliaan dan kemurahan Allah yang sentiasa mencurahkan segala nikmat-Nya pada setiap masa dan ketika, pada setiap hembusan nafas dan degupan jantung.

Allah berfirman sebagai mengingatkan hamba-hambaNya dengan nikmat-nikmat ini:

..................................................................................................................................................................

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Nahl: 18).

..................................................................................................................................................................

Hanya dengan merenung sejenak, kita akan mendapati bahawa Allah adalah paling layak bagi setiap cinta dan pujian. Dia lebih utama untuk bertakhta di jiwa setiap insan daripada kecintaan kepada kedua ibu bapa, anak-anak dan diri sendiri yang berada di antara dua rongga.

Saban hari, kita memerlukan Allah untuk hidup dan menikmati segala kejadian-Nya; cahaya yang terang, nikmat siang dan malam dan sebagainya. Namun, kenapa masih tidak terkesan di hati kita menyaksikan limpahan nikmat dan ihsan-Nya, kekuasaan-Nya yang menghairankan orang-orang yang melihatnya, keagungan-Nya yang tidak mampu diungkapkan oleh orang-orang yang cuba mengungkapkannya, dan segala sifat keindahan dan kesempurnaan-Nya?

Punca bagi segala permasalahan ini ialah butanya mata hati, ceteknya tauhid dan pengetahuan manusia tentang Allah. Tidak mungkin seseorang itu mengasihi sesuatu jika dia tidak mengenalinya. Cinta hanya akan datang setelah didahului dengan pengenalan.

Pada hari ini, manusia lebih mengenali dunia daripada Pencipta dunia. Oleh kerana itu, hati mereka gersang dari cinta Ilahi, cinta yang hakiki. Kejadian Tuhan terlalu dicintai tetapi Pemiliknya yang mutlak dilupai sehingga segala suruhan dan larangan-Nya tidak dipeduli.

Agama Tuhan hendak ditegakkan tetapi Tuhan Pemilik agama itu tidak dipasak di dalam hati. Tauhid tidak dihayati, maka bagaimana tuhan hendak dikenali, apatah lagi dicintai.

Kecintaan kepada Allah adalah suatu kedudukan yang istimewa. Allah mengangkat kedudukan hamba yang mencintai-Nya kepada setinggi-tinggi darjat. Bagi manusia yang mengutamakan kecintaan kepada selain Allah, Allah meletakkannya di kedudukan yang hina; menjadi hamba kepada dunia sepanjang hayatnya.

Tanda cinta kepada Allah

Ramai manusia yang mengaku mencintai Allah tetapi kebanyakan kata-kata mereka tidak melepasi kerongkong-kerongkong mereka. Cinta itu ada tandanya untuk dikenal pasti yang manakah cinta palsu dan yang manakah cinta yang hakiki.

Ketahuilah cinta itu seperti magnet yang akan menarik kekasih kepada kekasihnya. Orang yang mencintai seseorang akan suka bertemu dengan kekasihnya. Orang yang kasihkan Allah tidak merasa berat untuk bermusafir dari tanah airnya untuk tinggal bersama Kekasihnya menikmati nikmat pertemuan denganNya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya.” Sebahagian salaf berkata: “Tidak ada suatu perkara yang lebih disukai Allah pada seseorang hamba selepas hamba tersebut suka untuk bertemu dengan-Nya daripada banyak sujud kepada-Nya, maka dia mendahulukan kesukaannya bertemu Allah dengan memperbanyakkan sujud kepada-Nya.”

Sufyan al Thauri dan Bisyr al Hafi berkata: “Tidak membenci kematian melainkan orang yang ragu dengan tuhannya kerana kekasih itu pada setiap masa dan keadaan tidak membenci untuk bertemu dengan kekasihnya.

Allah SWT berfirman:

.......................................................................................................................................................................

Maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar. (al-Baqarah: 94)

.......................................................................................................................................................................

Seseorang itu tidak suka kepada kematian kadang kala disebabkan kecintaannya kepada dunia, sedih untuk berpisah dari keluarga, harta dan anak-anaknya. Ini menafikan kesempurnaan kasihnya kepada Allah kerana kecintaan yang sempurna akan menenggelamkan seluruh hatinya.

Namun, ada kalanya seseorang itu tidak suka kepada kematian ketika berada pada permulaan makam Mahabbatullah. Dia bukan membenci kematian tetapi tidak mahu saat itu dipercepatkan sebelum dia benar-benar bersedia untuk bertemu dengan Kekasihnya. Maka dia akan berusaha keras bagi menyiapkan segala kelengkapan dan bekalan sebelum menjelangnya saat tersebut. Keadaan ini tidak menunjukkan kekurangan kecintaannya.

Orang yang mencintai Allah sentiasa mengutamakan apa yang disukai Allah daripada kesukaannya zahir dan batin. Maka dia akan sentiasa merindui amal yang akan mendekatkannya kepada Kekasihnya dan menjauhkan diri daripada mengikut nafsunya.

Orang yang mengikut nafsunya adalah orang yang menjadikan nafsu sebagai tawanan dan kekasihnya, sedangkan orang yang mencintai Allah meninggalkan kehendak diri dan nafsunya kerana kehendak Kekasihnya.

Bahkan, apabila kecintaan kepada Allah telah dominan dalam diri seseorang, dia tidak akan lagi merasa seronok dengan selain Kekasihnya. Sebagaimana diceritakan, bahawa setelah Zulaikha beriman dan menikahi Nabi Yusuf a.s, maka dia sering bersendirian dan bersunyi-sunyian beribadat serta tidak begitu tertarik dengan Yusuf a.s sebagaimana sebelumnya.

Apabila Yusuf AS bertanya, maka dia berkata: “Wahai Yusuf! Aku mencintai kamu sebelum aku mengenali-Nya. Tetapi setelah aku mengenali-Nya, tidak ada lagi kecintaan kepada selainNya, dan aku tidak mahu sebarang gantian”. (Ihya’ Ulumiddin, Imam al Ghazali Jilid 5 H: 225)

Kecintaan kepada Allah merupakan sebab Allah mencintainya. Apabila Allah telah mengasihinya, maka Allah akan melindunginya dan membantunya menghadapi musuh-musuhnya. Musuh manusia itu ialah nafsunya sendiri.

Maka Allah tidak akan mengecewakannya dan menyerahkannya kepada nafsu dan syahwatnya. Oleh yang demikian Allah berfirman:

Dan Allah lebih mengetahui berkenaan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). Dan cukuplah Allah sebagai pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka). (al-Nisa’: 45)

Orang yang mencintai Allah, lidahnya tidak pernah terlepas dari menyebut nama Kekasih-Nya dan Allah tidak pernah hilang dari hatinya. Tanda cinta kepada Allah, dia suka menyebut-Nya, suka membaca al Quran yang merupakan kalam-Nya, suka kepada Rasulullah SAW dan suka kepada apa yang dinisbahkan kepada-Nya.

Orang yang mencintai Allah kegembiraan dan keseronokannya bermunajat kepada Allah dan membaca Kitab-Nya. Dia melazimi solat tahajjud dan bersungguh-sungguh beribadah pada waktu malam yang sunyi dan tenang. Sesiapa yang merasakan tidur dan berbual-bual lebih lazat daripada bermunajat dengan Allah, bagaimanakah hendak dikatakan kecintaannya itu benar? Orang yang mencintai Allah tidak merasa tenang melainkan dengan Kekasihnya. Firman Allah:

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. (al Ra’d: 28)

Orang yang mencintai Allah tidak merasa sedih jika kehilangan sesuatu dari dunia ini tetapi amat sedih jika hatinya tidak lagi memiliki cinta kepada Allah. Besar kesalahan baginya jika ada saat-saat yang berlalu tidak diisi dengan zikrullah dan ketaatan kepadaNya, apatah lagi jika melakukan larangan Allah.

Orang yang mencintai Allah juga, merasa nikmat dan tidak berasa berat melakukan ketaatan. Dia tidak merasa ketaatan yang dilakukan semata-mata kerana tunduk dengan perintah-Nya tetapi dilakukan kerana kecintaan terhadap Kekasihnya. Imam al Junaid r.a berkata: “Tanda orang yang cintakan Allah, sentiasa bersemangat dan cergas melakukan amal ibadah dan hatinya tidak pernah lalai dan letih daripada mengingatiNya.”

Dia tidak pernah merasa sakit menghadapi cercaan orang-orang yang mencercanya kerana melaksanakan perintah Allah. Semua yang datang dari Kekasihnya sama ada suka atau duka diterima dengan hati yang gembira dan reda.

Orang yang telah mengenal dan mengecapi cinta Allah tidak akan tertarik dengan cinta yang lain. Itulah magnet cinta Allah. Alangkah ruginya orang yang hatinya tidak ingin mengenal cinta Allah, cinta yang hakiki dan sejati.

Oleh Panel Penyelidikan Yayasan Sofa
Negeri Sembilan