pada mulanya
matahari mulai mengantuk, matanya semakin berat, kadang2 sengaja dia pejam untuk hilangkan pedih mengantuk. cahayanya semakin kuning bertukar jingga. kemudian langit menjadi unggu dan malam pun tiba.
pungguk keluar perlahan-lahan menjenguk ke langit. matahari sudah hampir lena, sebentar lagi bintang akan menyusul diikuti bulan. ya bulan. bulan yang amat dirinduinya buat sekian lama. terlalu lama sehingga dia terlupa. bulan yang amat dia sayang segenap hatinya. pernahkah kamu paham? pernah kamu jatuh cinta? pernah kamu tulis nama kekasihmu berulang2 kali hanya untuk mengubat rasa rindu? kemudian kamu senyum sendiri dan berharap untuk berjumpa dengannya. bukan untuk mengucapkan kata setia dan bukan untuk melepaskan rasa. cuma untuk duduk disebelahnya.untuk melihat wajahnya dan tenung matanya dalam2. kamu pernahkah bercinta? pungguk melompat ke ranting lebih tinggi untuk menunggu sang kekasih yang amat dicintainya- sang bulan.
pari2 baru bangun dari tidur. seluruh badannya terasa lenguh. sudah tiga puluh tahun dia menentang fitrah pari2, tidur siang jaga malam. selama itu jugalah dia terbang kepelusuk dunia mencari tangisan perindu bulan. baginya, tangisan itu telah meragut segala kegembiraan dalam dirinya. setiap kali malam, dan setiap kali pungguk menangis, air matanya akan turut mengalir. hatinya sebak tidak semena-mena. dia tidak kenal si pungguk, tapi dia tahu itu suara pungguk. dia tak tahu apa kisahnya pungguk dan bulan.dan dia tak kesah. dia cuma sayu bila mendengar rayuan pungguk. hatinya turut menangis bila pungguk menangis. dia juga pernah bercinta. dia nekad untuk hentikan tangisan ini, apa cara sekalipun, agar sang pari-pari bisa senyum semula.
Bulan menjengah di sepenggalah langit. Dia sudah lama di situ, Cuma silau matahari membuatkan dia tidak kelihatan. Sudah lama dia melihat sang pungguk dan pari2. sang pungguk adalah kekasih yang setia- terlalu setia mungkin. Setiap malam dia khusyuk mendengar lagu rayu sang pungguk tanpa pernah bosan. Bulan memang sayangkan sang pungguk. Segenap hatinya. Tapi dia sendiri sedar cinta ini takkan kemana-mana. Setiap malam ingin saja bulan menjerit agar sang pungguk berhenti mencintainya. Cukup! Cintamu sebenarnya menyeksa aku. Tapi dia tinggi melangit sedangkan pungguk di muka bumi. Jika dia jerit dengan sepenuh hati, tidak mungkin pungguk dengar suaranya. Bulan terseksa. Kamu pernah bercinta? Kamu pernah melihat kekasihmu dari jauh tapi tak mampu mendekatinya dan bisikkan terus ke telinga bertapa kamu sayangkan dia? Bulan yang besar dan hebat itu sebenarnya banduan cinta. Kamu hanya akan paham jika kamu pernah bercinta.
malam yang disangka malam takdirBulan juga perhatikan pari2 setiap malam. Terbang ke sana ke mari tak tentu haluan. Bukan aku dan pungguk saja merana, kasihan sang pari2 kerana terlibat sama.
Malam itu malam takdir, pungguk seperti biasa menyanyikan gita setianya. Setiap perkataannya disempurnakan setelah sekian lama menyanyikan. Setiap sebutan lahir dari hatinya. Tulus, dan terus dari hati. Pilu, sedih, rindu, rayu diucapkan betul2. setiap malam begitu. Begitulah dia sempurnakan syairnya.
Pari2 berterbangan seperti kelip2, kadang-kadang ke kiri, kadang-kadang ke kanan, mencari sang pungguk. Malam ini malam takdir katanya, dia dapat rasakan pencariannya akan tamat malam ini. Suara pungguk yang dapat didengar diseluruh alam itu semakin lama semakin dekat, telinga tajamnya digerak-gerakkan mencari sumber bunyi yang sekian lama mengganggu jiwanya. Sesekali diam terbang tinggi, untuk mencari sang pungguk. Sayapnya bercahaya terang malam itu. Hatinya lupa untuk menangis. Apakah itu malam takdir yang akan ketemukan dia dengan si pungguk?
Bulan melihat kejadian itu dari atas. Ingin dia senyum kerana akhirnya pari2 dapat berjumpa dengan pungguk. Tapi sayu suara pungguk benar2 meresahkan jiwanya. Setelah sekian lama, bulan masih belum lagi bosan dengan lagu pungguk, malah, semakin hari bertambah pula rindunya kepada pungguk.
Pungguk melihat dari jauh ada cahaya terang menghampirinya. Gita yang dinyanyikannya terganggu kerana cahaya itu. Pemburu kah itu? Bagus juga, rela aku mati saja dari begini selamatnya. Ataukah itu pesuruh bulan yang datang membawa berita kepulangan kekasihnya itu. Matanya masih merenung bulan. Semakin lama semakin dekat pula cahaya itu. Ah! Kalau itu pemburu yang datang untuk membunuh aku, aku akan mati tanpa sempat bersama bulan. Bulan pasti bersedih, atau mungkin juga dia akan gembira!
Bulan cemas. Apa yang pari2 akan buat kepada pungguk? Dia tak pernah fikir soalan ini sebelum ini. Gita sang pungguk memang telah menyeksa si pari2. dia telah tinggalkan segalanya hanya untuk mencari suara pungguk. Mungkinkah pari2 akan membunuh pungguk? Ya, mungkin saja. Penderitaan pari2 akan berakhir dengan terhentinya alunan sedih lagu pungguk. Ya! Mungkin saja! Tapi bagaimana aku nak beritahu sang pungguk? “Lari pungguk! Lari!”
Bulan tahu suaranya takkan sampai ke telinga pungguk. Terlalu jauh. Bulan terduduk. Harap-harap pungguk takkan diapa-apakan.mungkin saja pari2 datang untuk memujuk pungguk. Pari2 ada pengalaman hitam. Dulu masa isterinya hilang, pari2 juga hilang arah. Tapi setelah sedar kekasihnya takkan kembali, pari2 mulai redha. Ya! Semoga dia dapat memujuk agar pungguk redha. Hentikan kerja sia-sia ini. Kita takkan dapat bersama!
Pari2 dapat melihat susuk pungguk. Ya! Malam ini malam takdir! Malam ini malam terakhir dia perlu terbang macam pari2 gila. Masih dia ingat bagaimana rakan2nya menasihatinya agar tidak membuat kerja sia2 mencari pungguk. Dia masih ingat bagaimana rakan2nya menariknya agar tidak teruskan niatnya itu. Dia tak peduli. Malam ini akan jadi saksi. Malam ini malam penamat. Malam ini malam takdir.
“Wahai pungguk, dapatkah kau berhenti menyanyi?”
harganya cintaGitanya terhenti. Pungguk menoleh ke arah pari2. ini kali pertama dia berhenti menyanyi bila disapa. Rakan2nya sedia maklum untuk tidak menganggunya ketika dia sedang menyanyi. Jika dimarahi pun, belum tentu pungguk akan berhenti. Tapi ini lain. Pari2 yang berdiri di hadapannya itu nampak tulus. Pemintaannya bukan kerana benci, tiada amarah terpancar di wajahnya. Malam itu gelap. Cuma ada cahaya bulan dan cahaya pari2 itu. Pungguk terus merenung pari2 itu. "Aku mahu paham apa maksudmu."
Wahai pungguk, lagu kamu benar-benar menyiksa jiwaku. Gitamu aku rasai dengan sepenuh ragaku. Wahai pungguk, jika kamu kasihani aku, berhentilah menyanyi.
Sang pari-pari menunjukkan wajahnya. Rayuannya kudus. Dia harap benar sang pungguk paham. Namun dia tahu pemintaannya tak mudah untuk diterima sang pungguk.
“Wahai pari2, kau datang dari entah mana, dan permintaan kau bukan mudah untuk aku tunaikan. Wahai pari2, maaf aku tak boleh berhenti.” Pungguk tidak teruskan lagunya. Dia masih mahu dengar apa yang pari2 mahu katakan.
"Pungguk, aku datang dari jauh. Aku sudah lama mencari kamu. Jiwaku tidak aman bila mendengar suaramu. Hatiku menangis bila mendengar lagumu. Aku tak tahu kisahmu, tapi aku dapat rasakan, kita senasib. Oleh itu, kasihani aku wahai sahabat."
Pungguk pula tunduk. Dia tidak tahu lagunya telah mengganggu jiwa orang lain. "Maaf". Jawap pungguk pendek.
"Kalau kita senasib, kau akan paham kepayahan aku. Kalau kau pernah bercinta, kau akan dapat lihat aku merana. Wahai pari2, permintaan kau tidak dapat aku penuhi. Tapi sahabat, jika ada permintaan lain, katakan saja, jika dapat aku langsaikan."
Pari2 paham. Dia sangat paham. "Apa yang dapat aku lakukan untuk kau berhenti menyanyi?"
Pungguk tersentak. "Ya Tuhan, ini memang malam takdir! "
"Kau pun tahu aku ada kesaktian, katakan apa saja. Aku cuba lunaskan."
Pungguk menghampiri pari2. "kau tahu, aku pernah cuba terbang untuk ke bulan selama seminggu. Selama itu aku tidak makan dan tidur. Aku cuma terus terbang dan terbang. Sampai satu masa, aku pitam dan jatuh kembali ke bumi. Wahai pari2, bolehkah kau membawa aku ke bulan?".
Pari2 menarik nafas panjang. Udara malam itu disedut memenuhi paru2nya. Dihembusnya perlahan-lahan. “Boleh”. Diantaranya nafasnya itu dia telah membuat keputusan untuk menggadaikan nyawakan untuk cinta sang pungguk. Pari2 maklum, dia perlukan segala kesaktiannya untuk membawa pungguk ke sana malah ia mungkin mengundang maut!
Tapi dengan satu syarat, kau mesti pulang sebelum matahari menjelma.
Sang Pungguk pun ketemu bulanBulan melihat pungguk melompat2 gembira. Dia sendiri tidak tahu apa nak rasa. Dia ada banyak sebab untuk tidak gembira. Dia tahu, ini akan menambah luka kerinduan. Tapi dia takkan menolak untuk bersama kekasihnya. Ah! Bulan mengelupur. Mana satu ni? Nak suka atau nak sedih?
Pungguk tersenyum lebar. Dia masih ingat untuk senyum rupanya! "Cepat pari2. Cepat hantar aku ke sana."
Pari2 diam. Matanya tertutup rapat. Tangannya memegang sayap pungguk. Pungguk rela. Dikatup sayapnya dan kini seluruh badannya dalam genggaman pari2. terkumat-kamit pari2 membaca doa. Sayapnya terang benderang. Tiba-tiba pungguk hilang. Pari2 rebah. Tiada lagi cahaya dari badan pari2. mukanya pucat. Matanya masih terbuka, mulutnya ternganga. Tiada bunyi nafas dari dadanya.
Kenapa kau sanggup wahai pari2? Kenapa kau korbankan nyawa untuk diri yang kau tak pernah kenal? Adakah demi cinta? Kerana kau kenal cinta?
Dunia kelam. Bila pungguk buka matanya, dia berada di bulan! "Wahai sayang. Kita ketemu juga. Wahai bulan, katakan kepada ku sesuatu. Apa saja. Aku rindu suara mu. Aku rindu dakapan mu. Aku rindu semuanya tentang mu. Aahh… tak mungkin semudah itu. Biar aku ceritakan semuanya, semua benda yang aku rindu."
Pungguk mendakap bulan. Didepangkan sayapnya ke tanah bulan. Pelukkannya tak berbalas. Sunyi. Tiada satu pun kalimat keluar dari mulut bulan. Air matanya mengalir lagi.
"Hai bulan! Setiap malam aku menangis. Setiap malam aku merinduimu. Padamulanya aku tandakan rasa rindu aku dengan satu cakaran di tanah bumi. Bila aku sedar, cakaran itu menjadi kawah dalam. Bila aku rindu padamu, setitis air mata ku jatuh. Bila aku sedar, kawah itu menjadi tasik. Wahai bulan, katakanlah padaku sesuatu, walaupun dengan dengan satu kata."
"Pungguk, kenapa kau ke mari sayangku? Tidakkah kau tahu perpisahan kali ini akan merobek hatiku? Tidakkah kau tahu nyanyian mu saban malam bagaikan pisau tumpul yang menghiris perlahan hatiku? Kenapa kau datang malam ini? Tidakkan kau tahu pertemuan ini hanya seketika?"
"Wahai bulan, walaupun aku hanya dapat bersamamu untuk sedetik dua, akan ku datang jua."
"Tapi perpisahan ini akan menjadikan aku gila."
"Aku telah gila tanpamu."
Bulan senyap. Dia cuma ingin terus dalam dakapan pungguk. Biar dia tenggelam dalam suasana itu.
"Oh bulan, berapa lama sudah aku tak mengalami cinta sebegini?"
"Aku sentiasa memerhatikan kamu. Aku sentiasa mendengar rayuanmu. Apakah dayaku."
"Maaf jika lagu itu mengganggu hidupmu"
"Tidak. Dialah temanku. "
Sunyi lagi. Pungguk dapat melihat bayang2 bulan di bumi. Dia masih tak percaya dia dapat memeluk bulan malam ini. Dalam hatinya ada seribu cerita yang nak dia kata kepada bulan.
"Kamu harus berhenti begini. Cinta kita memang tiada harapan. Kau pun tahu."
"Tapi odisi teruskan jua, kan penolope? Walau mati hidup semulapun, odisi harus bersama penolope. Walau penggantinya bidadari, aku masih mahu penolope."
"Odisi cuma sesat dilaut. Tapi kau pungguk, merindui bulan!"
Pungguk diam. Dia tau itu benar. Persoalan yang susah-susah ini membuatkan dia mahu terus diam.
Malam itu bumi sunyi dari suara pungguk.
Tapi esok bagaimana?
menentang matahariPagi itu matahari bangun awal. Dia buka mata perlahan2. Dia akan menjengah dunia dari ufuk timur. Seperti setiap hari, tanpa gagal.
Pungguk terjaga dari lena. “Ahhh!! Matahari sudah jaga. Hay bulan, aku tak mahu berpisah dengan kau lagi”. Bulan tersenyum tanpa kata. Bibirnya terukir senyum. Air matanya melimpah. Dia menangis sepanjang malam. Pungguk hilang arah. Semuanya menjadi gelap. Kini pungguk berada di bumi.
Pungguk berlari2 mendapatkan pari2. Pari2 masih terbaring di tempatnya semalam. Wajahnya putih pucat. Pungguk mengoncang2 tubuh longlai pari2. “Hantar aku kembali ke sana!”. Pari2 tidak menjawab. Pungguk sendiri tidak pasti samada pari2 masih hidup atau tidak.
“Ini semua salah kau! Kalau kau tak bangun, aku akan masih bersama bulan! Kenapa kau perlu bangkit dari tidur? Kenapa kau tak biarkan aku terus bahagia?”.
Matahari terpingga-pingga. Air kopi dan roti canainya masih belum di sentuh. Dia masih memegang buku yang sedang dia usahakan untuk habis. Matanya sekarang tepat memandang ke arah pungguk.
Pungguk tak peduli lagi. Dia terus melompat untuk dapatkan matahari. Dia mahu menentang matahari. Kerana mataharilah dia dan bulan terpisah tadi. Dia meluru ke arah musuh barunya. Kenapa kau mesti jaga? Semakin tinggi dia terbang, semakin panas rasanya. Bulu pelepahnya mula terasa bahang.
Matahari menghirup kopi o. Biji kopi itu dikisarnya sendiri.
Pungguk masih berusaha menentang matahari. Dia pejamkan mata kerana sinar gemilang sang matahari.
Matahari mengambil pen dan menulis sesuatu di buku yang sedang dia bacanya tadi. Dibaling buku itu tepat mengenai kepala pungguk.
Punggung pening. Semuanya menjadi gelap semula.
pulasMatanya dibuka perlahan2. Berpinau2 rasanya. Di kirinya dilihat tubuh pari2 masih terbujur kaku. Di hadapannya sebuah buku usang. Itulah buku yang dicampakkan matahari kepadanya. Dia menghampiri buku itu. Ada tulisan matahari, “ini untuk kamu”.
Ada bulat pada satu frasa. Katanya, “barang sesiapa yang tidak belajar dari zaman tiga ribu tahun yang sudah berlalu, hidupnya seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. –GOETHE
Pungguk tundukkan kepalanya. Badannya direbahkan ke tanah. Malunya rasa. “Bodoh betul aku ini”.
-credited to bumilangitblog.com