Salam.
Malam tadi aku telah berebut dengan mak yang tersayang untuk menonoton tv. Aih, aku tidak tahu apa pesona ABPBH 2009 yang berlangsung malam tadi di TV3 yang membuatkan beliau beria-ia untuk menontonnya. Aku pula beria-ia untuk menonton cerita Khilaf. Di bawah ini adalah sedikit soal jawab aku bersama beliau (my mom la).
Ra: Mak, adik nak tengok Tv9. (dah pegang remote)
Mak: Ish. Mak nak tgk Tv3. (keningnya terangkat tanda protes tindakan aku memegang remort)
Ra: Nak tengok cite tu watpe? Bukan mak yang dapat berpuluh ribu tu pun.
Mak: Mak nak tengok Fara tu dapat la.
OUH.....?????
Ra: Macam la mak undi dia. (gelak)
Mak: Mak jamin dia yang dapat.
Ra: (cakap dalam hati) Syok tol mak ni kalau pasal Fara Fauzanatu. Mana tak nya, pagi2 buka tv pun tgk 8tv coz nak tgk si Fara tu. Aih....
Ra: (cakap betol2) Tak berpekdah la mak tengok ni. Cite tv9 tu kan menginsafkan sikit. Pasal seorang cina ni masuk Islam..
(Serta merta mak pandang aku. Menjeling!)
GULP...!!
Mak: Tu fikir pakwe la tu..
Err......
Ra: (buat muka manja) Boleh la mak..... *wink2*
Mak: Hmmmmmmmmmmmmmmmm... tengok lah..
Ra: Hehee.. Sayang my darling... (pelok Dophy. Eh, pelok mak. Huhuu)
Okay, cerita Khilaf. Hmm, meleleh gak air mata aku time tonton cerita ni. Mengisahkan Jeffry yang merupakan seorang mekanik yang telah melarikan diri dari buruan polis, kerana dia antara suspek yang terlibat dalam kes kecurian kereta-kereta mewah. Atas bantuan rakan baiknya, Ijas, dia telah bersembunyi di sebuah kampung dan di situ,Jeffry berjumpa dengan Wak Aji yang mengajaknya bersama-sama menunaikan solat subuh secara berjemaah. Setelah Jeffry menjelaskan bahawa dia berbangsa Cina dan menganuti agama Kristian, Wak Aji dengan rendah diri memohon maaf. Jeffry dalam cerita ni Zed Zaidi.
(time ni teringatkan dia.....)
Akhirnya, Jeffry tiba di rumah orang yang dicarinya. Alangkah terkejutnya Jeffry apabila orang itu adalah Wak Aji yang merupakan bapa kepada Zulaiqah serta bapa angkat kepada Ijas. Tujuh bulan sudah berlalu, hati Jeffry menjadi semakin tenang apabila tinggal bersama keluarga itu. Banyak pengalaman dilaluinya, begitu juga dengan pengetahuan agama Islam. Zulaiqah pula dalam cerita ni Fasha Sandha. Cun je dia pakai tudung. Mungkin dia dah berubah kut. Selama ni kan dia dikutuk coz seksi meksi.
Continue to our story.....
Wak Aji dan Zulaiqah tidak pernah lokek membantunya sehingga Jeffry selamat memeluk agama Islam. Namun, kehadiran dan kebaikan yang ditunjukkan Jefrry seolah-olah tidak memberi makna kepada orang-orang kampung malah sudah beberapa kali dia dihalau ketika sedang mendengar ceramah di masjid, serta dituduh pembawa budaya tatu di kalangan anak-anak muda kampung dan cuba menyesatkan akidah penduduk kampung. Namun di sebalik kebencian itu, masih ada yang menyenangi kehadiran dan kebaikan yang ditunjukkan Jeffry. Jamiran dan beberapa orang rakannya banyak memberi nasihat serta bimbingan dalam mengharungi hidup sebagai seorang mualaf.
Suatu hari, Jeffry menerima berita Aishah telah dimasukkan ke hospital dan perlu segera menjalani pembedahan pemindahan jantung. Hanya jantung Jeffry yang sesuai didermakan kepada Aishah.
Sebelum Jefrry berangkat ke hospital, Jeffry sempat mewasiatkan kepada Jamiran sekiranya dia meninggal dunia semasa pembedahan, harta-harta dan pusaka miliknya didermakan kepada fakir miskin, keluarga Wak Aji, masjid, anak-anak yatim dan sebagainya. Sebelum Jeffry masuk ke dalam bilik pembedahan, dia sempat memberikan diari peribadinya kepada Zulaiqah untuk dibaca semasa proses pembedahan dijalankan. Di dalam diari itu mengandungi segala catatan siapakah dirinya yang sebenar dan luahan perasaan cintanya terhadap Zulaiqah.
Terharu aku tonton cerita ni. Sebak dengan pengorbanan si Jeffry ni. Kagum dengan Zulaiqah.
Aku terfikir situasi aku dan dirinya. Yea, aku akui, berapa banyak lah kefahaman aku tentang Islam. Aku juga jahil. Semakin aku berfikir, semakin aku menyedari bahawa bersalahnya aku kerana kemalasan aku untuk selitkan perihal agamaku padanya. Malahan, diayang sering menasihati aku tentang agamaku. Terima kasih sayang..
Macam panjang sahaja entri kali ini. Tentang aku dan dia, biarlah aku ceritakan pada posting yang akan datang InsyaAllah.
It's not who you are to the world, it's who you are to me.... It's not how many times I say I love you.... it's how much I really do..........
Monday, April 5, 2010
Saturday, April 3, 2010
Wow : Cinta Yang Baru
Salam.
Heh, jangan terkejut bila baca title entri kali ni. Bukan bermaksud, kupunya cinta hati yang baru. Cinta aku memang setiap hari renew yang baru. Semakin hari semakin cinta lorh tetapi hanya pada dia seorang. Just nak beritahu, hari ni aku bahagia sangat............ :)
Malam tadi, hati masih bercelaru. Sedih+muram+berduka lara. Dah cakap pada mak dah nak tidur, not in the mood untuk tengok Scary Movie4 yang boleh dikata lawaknya tahap cipan ah. Tapi, bukan itu yang aku rasakan saat itu. Kesedihan masih membaluti segenap ruang. Mana tak nya, dah hampir 4 hari tao.
Then, suddenly ada calling from the number 013-XXXXXXX. Ouh? Mata yang terpejam kembali celik. Nombor siapa ni? Time tu, really2 doa harap2 dia la yang call. Aku terlalu rindukan dia...!!! So, nak bagi salam ke tak? Ehem!
Ra: Ha..ha...hai... (gagap-gagap after tekan answer)
Dia: Sayang.....
(aku melompat dari tilam)
Ra: Wargh!!!!! I miss you... I miss you... I miss you....!!!!
Dia: Ouh? Sayang... I miss you too... sangat2..
^____^
Yang seterus-terusnya biarlah rahsia kami je. Hehee.. Yang pasti, malam tadi, tengok Scary Movie 4 sambil sengih2 (patut nya gelak) . Hahaa. BAHAGIA...!!
Mak pun cakap,
Mak: Aih dik, selalu sebelum tidur, muram je. Kenapa sengih-sengih dari tadi ni?
Ra: Hehee... (sengih-sengih lagi sambil pelok Dophy)
Sayang, love you soooooooooo much...!!

Friday, April 2, 2010
Rasa Cinta : Pasti Ada
Salam.
Semalam aku dipagut rasa kebimbangan apabila mak tetiba je berbicara sesuatu yang buat hati aku rasa bersalah sangat. Maaf mak.
Semamalam usai berada di PJLK selama 2 jam, aku kesekolah membantu Ella di pusat sumber. Yea, salah aku kerana tak beritahu mak. Then, ke pasar kemudiannya. Hujan. Kilat dan guruh silih berganti. Takut~ hurmmm... Pulang dalam jam 7.
Malam itu mak say something to me.
Mak: Adik.... (aku yang sedang memeluk Dophy sambil dengar radio melalui earphone segera menoleh kearah mak)
Ra: Yes my darling? *ececeeeh
Mak: Adik ingat mati tak?
Gulp!
Ra: (mencabut earphone) Ingat mak...
Mak: Kalau cam tu, jangan balik lambat dah..
(aku mengangguk, begitu juga Dophy)
Aku sayang akan mak. Tamao buat hatinya terluka dah. Maaf mak. Salah adik... Hujan semakin lebat. Kilat sabung-menyabung. kututup seluruh badan dengan selimut..dan...tertido~
Bila dia nak call.... Sobs

Subscribe to:
Comments (Atom)