New Entri

Wednesday, March 17, 2010

Apa Yang Aku Cari....?

Assalamualaikum.. sudah lama teratak ini sunyi daripada madah perkataanku. mahu berbicara, langkahnya umpama sumbang di pandangan manusia. lidah kelu waima tangan yang menaip. kaku tanpa bicara si penunggu setia teratak ni. acap kali bertanya 'oit, bila nak update blog???' entah la.. terlalu banyak kesukaran yang aku terima kebelakangan ini sehingga teratak yang sebenar pun tidak tersusun rapi.

insyaAllah, akan di update, cuma waktu terlalu menceburui si penaip. semakin banyak ilham, semakin banyak hal yang harus dilakukan. lebih-lebih lagi, keputusan SPM sudah berada di tangan. semakin banyak urusan yang harus dilakukan.

madah semakin terdiam. hilang dibawa bunyi taipan di keyboard. apa yang aku cari? ouh, yea.. pencarian uni yang staraf dengan result. entah. fikiran masih buntu. kursus apa yang aku sesuai? pemilihan kata masih bergelumang di lubuk minda separa sedar. apa yang sedang aku taip ni? ouh!! ASTAGFIRULLAH...


tingkatan 6? siapa yang menyokong? no one...

orang ramai bertanyakan matrik, sorry, im not interest in math and science...

kolej? no money...

poli? nak. tapi bicara mahunya terdiam saat family membangkang...

uni? perhaps. itu pun if only si penaip ditawarkan kursus yang dia boleh terima...

biasiswa? layakkah aku?

ya Allah, bilalah pencarian ini akan berakhir. penatnya memikirkan pengajian selepas spm. buntu. mac semakin berakhir. dia pula bakal meninggalkan aku. national service, why must you exist?? *sob* argh, sudah! jangan terlalu manja dengan kata-kata dan emosi. semuanya hanya sementara. dia akan kembali. cuma, percaya..!!

No comments:

Post a Comment