New Entri

Wednesday, March 31, 2010

New Day:New Story

Salam.

Permulaan hari yang amat kurang memberangsangkan apabila hati masih lagi sakit. Heh, apa entah natijahnya aku berbicara macam ni. Huu... Actually, masih lagi parah coz dia tak call-call aku lagi since semalam. Katanya, nak call..... Sobs.....

Tengah hari tadi, ada seorang student daripada UPM datang untuk membuat bancian pada pesawah-pesawah di kawasan ni. Aih, dah la aku tengah menikmati santapan rohani, oops, maksud aku, lunch! Orangnya dari Kelantan kalau aku tak silap la. (Ini pun curi-curi dengar dari dalam bilik. Hohoo~) Tidak dinafikan orangnya cun and kecil molek je. Banyak juga soalan yang ditanyanya pada mak. Huh, mak pula jenis yang suka melayan orang datang, so, BERBUALLAH MEREKA DALAM LEBIH KURANG 1JAM!! Pergh~ Aku just mampu hidangkan air then do something else rather than dengar diorang bercakap pasal sawah padi.

Termenung~Peluk Dophy. Sempat la berbual dengan Dophy... (Kegilaan untuk sebentar)

Ra: Dophy2, bila tuan you nak balik. I rindu laaa... (Dophy termenung memandangku)

Do: (dalam hatinya berbisik) mana la I tao Ra sayang... *ececeeh~

Ra: You tao Dophy, I rindu tuan you gila2 tao sampai tengok I sekarang ni. Dah gila dah kut.

Teringat kata-kata dia jangan menggila bila dia tak ada. Tapi nak buat camne, Ra memang gila apa. Hahaa. Sayang, ni lah awek you.

Do: (menggumam dalam hati) I tao you memang gila. Hehee.

(ambik tangan Dophy, lap air mata yang mengalir)

Ra: Dophy, kenapa tangan tuan you tak pernah seka air yang mengalir kerana dia ni?

Do: Hmm... Bukan dia tak mahu Ra, tapi you. You selalu pendam perasaan you la. Talk to him.

Ra: Macam mana I nak beritahu. Nanti dia fikir I tak bahagia bersama dia padahal apabila bersama dia, berdamping deangannya merupakan saat terindah untuk diri I. I tak mahu hatinya tersinggung la Dophy.

Do: Tapi hati you yang sakit and yang lebih parah, I. Berkulat la I nanti kena air mata you tu. lembab owh. Banyak bacteria tao.

(Aku tersenyum)

Ra: Ala Dophy. Nanti I spray la you dengan Fabreze. Membunuh 99.9% bacteria kan.....

Sedar tak sedar masa berlalu and fikiran aku semakin tenang. Ra, kau kena teruskan hidup kau juga!! Ingat tu!! Soooo....... Matangkan fikiran.....!!!! Baiklah, aku cuba. InsyaAllah.

'Kalau kau rindu aku, kau doakan la keselamatan aku'

Sayang, setiap hari aku berdoa untuk kau....

No comments:

Post a Comment