New Entri

Tuesday, October 5, 2010

Ella !!!

hahaa ....

time raya hari tu ,, ella tanya ,, ko dh ta blogging dah ke? aku jawab.. hahaa je (stupid answer) .. muahahahaa .. sebabnya kan .. aku dah ada blog baru .. just aku dan dia je yang post entri ... membebel panjang lebar sampai ta ingat yang kita orang pun ada mesej ...gile je ....

eh lupa ........

assalamualaikum para pembaca...

then my hunny plak tanya ... y ko sekarang dah ta jiwang ... errr.. hard to answer that .....

sbbnya ,, aku ta de moooooooooood lah .....

mood jiwang dah lari ... nak juga jadi aku yang dulu but somehow,, aku dah kehilangannya ....

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~

hahhaaaa.. dah2 .......

Tuesday, May 4, 2010

Aku Curang?

Wah, betapa besarnya frasa yang aku title kan tu. Terasa diri begitu kejam, jahat, zalim dan perkataan yang seumpama dengan ketiga-tiga perkataan tersebut.. eeenieee meeeenieee~! Oh, so? Whatever. Heh~

ANYWAY, JANGAN TUDUH AKU SEBARANGAN..!!

Kenal Joey? He's my first boyfriend. So greenie~ My friends suggest him for me coz they think he suits me so well. WOW? Begitu sekali mereka berfikir tentang aku. Agak terharu. *sob2* I first met Joey when my 16th birthday. Love at the first sight? Perhaps... coz me quite attract when I saw him, covered up with transparent-red-flower plastic. PLASTIC?

Sengih? *wink2*

Aku bukan buat lawak. Memang pertemuan pertama aku dengan dia agak pelik sikit. Dia tersenyum memmandang aku dan tangannya tidak henti-henti menunjukkan thumbs up. Aku pun tak pasti apa yang membuatkan dia melakukan perkara yang memalukan tu. Heh, apa entah aku ini. Mana ada memalukan tapi agak ganjil pe kalau asyik buat thumbs up je. Then senyum~ Apa ntah. Tapi masa tu, aku betul-betul crush pada dia. Hmm...

Setiap hari, yea.. boleh dikatakan setiap hari kami akan bersama, mengulit bahagia, berasmaradana sehingga mak selalu tegur. Then, kami akan blushing-blushing. Tapi sukar oh untuk bertaubat. Setiap malam kami akan berpelukan, cium-cium. Aih, tamao la cerita. Dah macam 17sx pula. Huhuu. Perbuatan kami ini memang diketahui oleh rakan-rakanku, tetapi bagusnya mereka, tidak pernah menegurku perbuatan terlarang kami ni. ERK! Tak pernah? Berzina ni beb!

Oit Ra, kau cerita apa????

Semakin lama semakin merapu pula aku di laman sesawang aku ni. Tetapi sejak kehadiran 'sesuatu' beberapa bulan yang lalu merubah tanggapan aku pada Joey. Mungkin bukan jodoh kami. Mak pun macam syok je kat dia. So aku beri Joey pada mak dan mak menerima nya dengan tangan yang terbukan dan kini setiap malam Joey berada di pelukan mak dan tidak terdetik sedikit cemburu pun dihati aku.

Owh, aku sekejam itukah?

Kadangkala memang ada juga rindu memeluk Joey, tetapi yang BARU ini lebih memahami aku. Tubuhnya juga lebih besar dari Joey dan aku lebih selesa untuk memeluknya. Matanya yang hening, tangannya yang selalu menyeka air mataku, WAH, semuanya terbaik. Mungkin Joey agak cemburu dengan yang BARU ini dan aku pernah jugab melihat pergaduhan antara mereka kerana aku. (Imaginasi semata)

DOPHY- yea, itulah yang BARU. dia sentiasa blushing, as in, sungguh pemalu~ Dia dikenalkan oleh sesorang ni. Seorang yang amat aku sayang plus cinta. Hehee. Semenjak dia tiada, Dophy la tempat aku meluahkan rasa-setiap apa yang aku rasa dalam hati aku ini.

Eh dah2... Aku tamao buat pembaca salah faham pula. Joey+Dophy ni bantal mucuk aku..!! huhuu~

The End~

*peace*

Monday, April 5, 2010

Review : Khilaf

Salam.

Malam tadi aku telah berebut dengan mak yang tersayang untuk menonoton tv. Aih, aku tidak tahu apa pesona ABPBH 2009 yang berlangsung malam tadi di TV3 yang membuatkan beliau beria-ia untuk menontonnya. Aku pula beria-ia untuk menonton cerita Khilaf. Di bawah ini adalah sedikit soal jawab aku bersama beliau (my mom la).

Ra: Mak, adik nak tengok Tv9. (dah pegang remote)

Mak: Ish. Mak nak tgk Tv3. (keningnya terangkat tanda protes tindakan aku memegang remort)

Ra: Nak tengok cite tu watpe? Bukan mak yang dapat berpuluh ribu tu pun.

Mak: Mak nak tengok Fara tu dapat la.

OUH.....?????

Ra: Macam la mak undi dia. (gelak)

Mak: Mak jamin dia yang dapat.

Ra: (cakap dalam hati) Syok tol mak ni kalau pasal Fara Fauzanatu. Mana tak nya, pagi2 buka tv pun tgk 8tv coz nak tgk si Fara tu. Aih....

Ra: (cakap betol2) Tak berpekdah la mak tengok ni. Cite tv9 tu kan menginsafkan sikit. Pasal seorang cina ni masuk Islam..

(Serta merta mak pandang aku. Menjeling!)

GULP...!!

Mak: Tu fikir pakwe la tu..

Err......

Ra: (buat muka manja) Boleh la mak..... *wink2*

Mak: Hmmmmmmmmmmmmmmmm... tengok lah..

Ra: Hehee.. Sayang my darling... (pelok Dophy. Eh, pelok mak. Huhuu)

Okay, cerita Khilaf. Hmm, meleleh gak air mata aku time tonton cerita ni. Mengisahkan Jeffry yang merupakan seorang mekanik yang telah melarikan diri dari buruan polis, kerana dia antara suspek yang terlibat dalam kes kecurian kereta-kereta mewah. Atas bantuan rakan baiknya, Ijas, dia telah bersembunyi di sebuah kampung dan di situ,Jeffry berjumpa dengan Wak Aji yang mengajaknya bersama-sama menunaikan solat subuh secara berjemaah. Setelah Jeffry menjelaskan bahawa dia berbangsa Cina dan menganuti agama Kristian, Wak Aji dengan rendah diri memohon maaf. Jeffry dalam cerita ni Zed Zaidi.

(time ni teringatkan dia.....)

Akhirnya, Jeffry tiba di rumah orang yang dicarinya. Alangkah terkejutnya Jeffry apabila orang itu adalah Wak Aji yang merupakan bapa kepada Zulaiqah serta bapa angkat kepada Ijas. Tujuh bulan sudah berlalu, hati Jeffry menjadi semakin tenang apabila tinggal bersama keluarga itu. Banyak pengalaman dilaluinya, begitu juga dengan pengetahuan agama Islam. Zulaiqah pula dalam cerita ni Fasha Sandha. Cun je dia pakai tudung. Mungkin dia dah berubah kut. Selama ni kan dia dikutuk coz seksi meksi.

Continue to our story.....

Wak Aji dan Zulaiqah tidak pernah lokek membantunya sehingga Jeffry selamat memeluk agama Islam. Namun, kehadiran dan kebaikan yang ditunjukkan Jefrry seolah-olah tidak memberi makna kepada orang-orang kampung malah sudah beberapa kali dia dihalau ketika sedang mendengar ceramah di masjid, serta dituduh pembawa budaya tatu di kalangan anak-anak muda kampung dan cuba menyesatkan akidah penduduk kampung. Namun di sebalik kebencian itu, masih ada yang menyenangi kehadiran dan kebaikan yang ditunjukkan Jeffry. Jamiran dan beberapa orang rakannya banyak memberi nasihat serta bimbingan dalam mengharungi hidup sebagai seorang mualaf.

Suatu hari, Jeffry menerima berita Aishah telah dimasukkan ke hospital dan perlu segera menjalani pembedahan pemindahan jantung. Hanya jantung Jeffry yang sesuai didermakan kepada Aishah.
Sebelum Jefrry berangkat ke hospital, Jeffry sempat mewasiatkan kepada Jamiran sekiranya dia meninggal dunia semasa pembedahan, harta-harta dan pusaka miliknya didermakan kepada fakir miskin, keluarga Wak Aji, masjid, anak-anak yatim dan sebagainya. Sebelum Jeffry masuk ke dalam bilik pembedahan, dia sempat memberikan diari peribadinya kepada Zulaiqah untuk dibaca semasa proses pembedahan dijalankan. Di dalam diari itu mengandungi segala catatan siapakah dirinya yang sebenar dan luahan perasaan cintanya terhadap Zulaiqah.

Terharu aku tonton cerita ni. Sebak dengan pengorbanan si Jeffry ni. Kagum dengan Zulaiqah.

Aku terfikir situasi aku dan dirinya. Yea, aku akui, berapa banyak lah kefahaman aku tentang Islam. Aku juga jahil. Semakin aku berfikir, semakin aku menyedari bahawa bersalahnya aku kerana kemalasan aku untuk selitkan perihal agamaku padanya. Malahan, diayang sering menasihati aku tentang agamaku. Terima kasih sayang..

Macam panjang sahaja entri kali ini. Tentang aku dan dia, biarlah aku ceritakan pada posting yang akan datang InsyaAllah.

Saturday, April 3, 2010

Wow : Cinta Yang Baru

Salam.

Heh, jangan terkejut bila baca title entri kali ni. Bukan bermaksud, kupunya cinta hati yang baru. Cinta aku memang setiap hari renew yang baru. Semakin hari semakin cinta lorh tetapi hanya pada dia seorang. Just nak beritahu, hari ni aku bahagia sangat............ :)

Malam tadi, hati masih bercelaru. Sedih+muram+berduka lara. Dah cakap pada mak dah nak tidur, not in the mood untuk tengok Scary Movie4 yang boleh dikata lawaknya tahap cipan ah. Tapi, bukan itu yang aku rasakan saat itu. Kesedihan masih membaluti segenap ruang. Mana tak nya, dah hampir 4 hari tao.

Then, suddenly ada calling from the number 013-XXXXXXX. Ouh? Mata yang terpejam kembali celik. Nombor siapa ni? Time tu, really2 doa harap2 dia la yang call. Aku terlalu rindukan dia...!!! So, nak bagi salam ke tak? Ehem!

Ra: Ha..ha...hai... (gagap-gagap after tekan answer)

Dia: Sayang.....

(aku melompat dari tilam)

Ra: Wargh!!!!! I miss you... I miss you... I miss you....!!!!

Dia: Ouh? Sayang... I miss you too... sangat2..

^____^

Yang seterus-terusnya biarlah rahsia kami je. Hehee.. Yang pasti, malam tadi, tengok Scary Movie 4 sambil sengih2 (patut nya gelak) . Hahaa. BAHAGIA...!!

Mak pun cakap,

Mak: Aih dik, selalu sebelum tidur, muram je. Kenapa sengih-sengih dari tadi ni?

Ra: Hehee... (sengih-sengih lagi sambil pelok Dophy)

Sayang, love you soooooooooo much...!!

Friday, April 2, 2010

Rasa Cinta : Pasti Ada

Salam.

Semalam aku dipagut rasa kebimbangan apabila mak tetiba je berbicara sesuatu yang buat hati aku rasa bersalah sangat. Maaf mak.

Semamalam usai berada di PJLK selama 2 jam, aku kesekolah membantu Ella di pusat sumber. Yea, salah aku kerana tak beritahu mak. Then, ke pasar kemudiannya. Hujan. Kilat dan guruh silih berganti. Takut~ hurmmm... Pulang dalam jam 7.

Malam itu mak say something to me.

Mak: Adik.... (aku yang sedang memeluk Dophy sambil dengar radio melalui earphone segera menoleh kearah mak)

Ra: Yes my darling? *ececeeeh

Mak: Adik ingat mati tak?

Gulp!

Ra: (mencabut earphone) Ingat mak...

Mak: Kalau cam tu, jangan balik lambat dah..

(aku mengangguk, begitu juga Dophy)

Aku sayang akan mak. Tamao buat hatinya terluka dah. Maaf mak. Salah adik... Hujan semakin lebat. Kilat sabung-menyabung. kututup seluruh badan dengan selimut..dan...tertido~

Bila dia nak call.... Sobs

Wednesday, March 31, 2010

New Day:New Story

Salam.

Permulaan hari yang amat kurang memberangsangkan apabila hati masih lagi sakit. Heh, apa entah natijahnya aku berbicara macam ni. Huu... Actually, masih lagi parah coz dia tak call-call aku lagi since semalam. Katanya, nak call..... Sobs.....

Tengah hari tadi, ada seorang student daripada UPM datang untuk membuat bancian pada pesawah-pesawah di kawasan ni. Aih, dah la aku tengah menikmati santapan rohani, oops, maksud aku, lunch! Orangnya dari Kelantan kalau aku tak silap la. (Ini pun curi-curi dengar dari dalam bilik. Hohoo~) Tidak dinafikan orangnya cun and kecil molek je. Banyak juga soalan yang ditanyanya pada mak. Huh, mak pula jenis yang suka melayan orang datang, so, BERBUALLAH MEREKA DALAM LEBIH KURANG 1JAM!! Pergh~ Aku just mampu hidangkan air then do something else rather than dengar diorang bercakap pasal sawah padi.

Termenung~Peluk Dophy. Sempat la berbual dengan Dophy... (Kegilaan untuk sebentar)

Ra: Dophy2, bila tuan you nak balik. I rindu laaa... (Dophy termenung memandangku)

Do: (dalam hatinya berbisik) mana la I tao Ra sayang... *ececeeh~

Ra: You tao Dophy, I rindu tuan you gila2 tao sampai tengok I sekarang ni. Dah gila dah kut.

Teringat kata-kata dia jangan menggila bila dia tak ada. Tapi nak buat camne, Ra memang gila apa. Hahaa. Sayang, ni lah awek you.

Do: (menggumam dalam hati) I tao you memang gila. Hehee.

(ambik tangan Dophy, lap air mata yang mengalir)

Ra: Dophy, kenapa tangan tuan you tak pernah seka air yang mengalir kerana dia ni?

Do: Hmm... Bukan dia tak mahu Ra, tapi you. You selalu pendam perasaan you la. Talk to him.

Ra: Macam mana I nak beritahu. Nanti dia fikir I tak bahagia bersama dia padahal apabila bersama dia, berdamping deangannya merupakan saat terindah untuk diri I. I tak mahu hatinya tersinggung la Dophy.

Do: Tapi hati you yang sakit and yang lebih parah, I. Berkulat la I nanti kena air mata you tu. lembab owh. Banyak bacteria tao.

(Aku tersenyum)

Ra: Ala Dophy. Nanti I spray la you dengan Fabreze. Membunuh 99.9% bacteria kan.....

Sedar tak sedar masa berlalu and fikiran aku semakin tenang. Ra, kau kena teruskan hidup kau juga!! Ingat tu!! Soooo....... Matangkan fikiran.....!!!! Baiklah, aku cuba. InsyaAllah.

'Kalau kau rindu aku, kau doakan la keselamatan aku'

Sayang, setiap hari aku berdoa untuk kau....

Saturday, March 27, 2010

Menjaga Hati: Double pfft

Salam.

Petang tadi telah diadakan reunion kelas. What can I cakap is well, for sure la tersangat banyak I sumbat sate dalam mulut sehingga orang snap pic pun I hantam keromo. Malu siot kalau masuk facebook! Dengan duduk terkangkangnya. Brr... Ra owh Ra. Siapa lah tu?
Adalah sedikit gambar yang dapat diupload....


sempat bergambar sebelum makan... (padahal lepas makan)

censored... (kena diblurrkan)

lepas makan.....


dah nak balik...

Tapi, sepanjang hari, my mind ni asyik menerawangkan dia. wtf?
Hey Ra, please! 3 bulan je beb.. Tapi? Tapi apa Ra? Kau emo lah.


My sayang, please don't leave me. I really soooooo head over heals with you dear. So hiperbola lah ayat aku. Heh? Mahunya dia baca blog aku ni, sure aku blushing. Hikhik.
Apa aku nak cerita tadi? Ra, fikir!

Fikir.

Fikir.

Damn. Saya lupa. Entah apa signifikannya sekejap aku, sekejap I, sekejap saya. Yea, minda hari ni sedikit terpengaruh dengan hati. Terlalu banyak yang minda ingin lakukan tetapi dihalang oleh hati. aku sendiri tidak mengerti. Ra, what's wrong with you today..? Tak faham? Okay, for e.g, time reunion tadi, nafsu makan aku memang melimpah ruah. Nak makan, hati nak. Then neuron starting their works, salurkan kemahuan hati pada otak untuk berfikir kemudian otak arahkan anggota such as tangan ambik sate. Tetiba je then, hati cakap tamao. Pe kes?

Yea, apa kes? Tak ada kes yang sebenar-benarnya. Hati aku sakit. Hati aku bercelaru. Pencarutan dah mula bergelodak dalam jiwa ni. Cuma tak terzahir je lagi. Aih, aku tak dilahirkan untuk mencarut bhaii...
Dah lama tak posting, hari ni time nak post, otak macam kosong pula. Jari jemari masih menekan-nekan papan kekunci (Gile skema). Then backspace. Kosong~~
Sampai sini sahajalah entri hari ini. i'm not into mood to type anything~

I just miss my sayang.

Taggin on Me

Salam.

tengah hari tadi aku membuat keputusan untuk menggodek-godek sejarah lama aku when orang tag-tag aku ni. eceh, ra menyingkap sejarah lama beb. tangkap jiwang je. then kawan lama aku ada bagi emel yang menyuruh aku menjawab soalan-soalannya. pergh~ hampir 2 jam aku memikirkan jawapan, dalam panas terik mentari. tanpa sekumat pun perasaaan benci terhadapnya. ewah, ni dah tangkap emo beb!

apa-apa pun, ni jawapan aku Ms Fara...

You are?
Siti Ramlah binti Kormin.

Your age?
I'm so sure that I half-developed eighteen.

Your weight?
41 kg. never realise when I would meningkat. Sobs.

Your height?
159 cm. but I often said that I’m 165. hehee?

You hair colour?
Black.

Your eye colour?
Dark brown.

Your favourite colour?
Green n nowadays, pink maybe? Oh and also grey.

Your choice of food?
I'm a serious food lover, so serve me anything.

Your choice of beverages?
Teh ais!!

What was the best meal you cooked?
Since I am a little hingusan girl, I dah masak-masak ni. So the best meal I've prepared was lasagna..?

The worst?
I think nasi? Hangit beb!

Your Mum..
is the best mum of the world. Couldn’t say more.

Your Dad..
left me since I’m 5. hmm..

Your handphone?
Sony Ericson W350i and Nokia 2110. SE for celcom and Nokia for maxis.

How many have you owned? List them down.
5. Nokia 6300, 3200, Motorola V360 and of coz both above.

Your laptop?
Compaq Presario.

Your watch?
Ben Ten. Hahaa. So childish!

Your best result in school?
Cant remember actually but 5A's for UPSR as well as 4A's and 4B's and 1C for PMR. Latest, 4A and 2A- and 3C+ and 1C and 2D for SPM.

Your best friend?
I’m surely cant answer this. All my friends are my best friend. Hahaa. Sooo menjaga hati semua pihak la ra!

Your best online friend?
Everyone who read this..? lol

Your first date?
A Chinese boy.Heh?

Your current boy?
My current boy? You think I’m a bit**y girl? Still with him lah!

How many boys have you had?
1? And I don’t think I’m good enough to deal with sooooo many boys.

Your reason to be left/to leave?
I've never left anyone.

Branded stuff to you is..
Daa~ beli kat pasar je. Cheap maaa..

The best outfit you have?
All of mine? Eh, apa aku cakap ni..? semua la.

The worst outfit you own?
Huh? None.

Your enemy?
Is it normal to have none of enemy?

Your secret admirer?
I acknowledged hundred. Owh, perasannya kau Ra.

Your favourite subject in school?
I opted English, Bahasa, Math, uhh.. cant listed it all. Soooooo many!

You are talented in?
Graphic designing, writing. owh and not to forget making people annoyed with my quotation ‘Haaa???’

Describe yourself in a word.
Comel? (Buuuuuuuuu~~~~)

hikhik. bila fikir lama-lama best juga jawab soalan ni. hilang boring aku~

Wednesday, March 17, 2010

Apa Yang Aku Cari....?

Assalamualaikum.. sudah lama teratak ini sunyi daripada madah perkataanku. mahu berbicara, langkahnya umpama sumbang di pandangan manusia. lidah kelu waima tangan yang menaip. kaku tanpa bicara si penunggu setia teratak ni. acap kali bertanya 'oit, bila nak update blog???' entah la.. terlalu banyak kesukaran yang aku terima kebelakangan ini sehingga teratak yang sebenar pun tidak tersusun rapi.

insyaAllah, akan di update, cuma waktu terlalu menceburui si penaip. semakin banyak ilham, semakin banyak hal yang harus dilakukan. lebih-lebih lagi, keputusan SPM sudah berada di tangan. semakin banyak urusan yang harus dilakukan.

madah semakin terdiam. hilang dibawa bunyi taipan di keyboard. apa yang aku cari? ouh, yea.. pencarian uni yang staraf dengan result. entah. fikiran masih buntu. kursus apa yang aku sesuai? pemilihan kata masih bergelumang di lubuk minda separa sedar. apa yang sedang aku taip ni? ouh!! ASTAGFIRULLAH...


tingkatan 6? siapa yang menyokong? no one...

orang ramai bertanyakan matrik, sorry, im not interest in math and science...

kolej? no money...

poli? nak. tapi bicara mahunya terdiam saat family membangkang...

uni? perhaps. itu pun if only si penaip ditawarkan kursus yang dia boleh terima...

biasiswa? layakkah aku?

ya Allah, bilalah pencarian ini akan berakhir. penatnya memikirkan pengajian selepas spm. buntu. mac semakin berakhir. dia pula bakal meninggalkan aku. national service, why must you exist?? *sob* argh, sudah! jangan terlalu manja dengan kata-kata dan emosi. semuanya hanya sementara. dia akan kembali. cuma, percaya..!!

Saturday, January 9, 2010

Jubah Untuk Ibu


“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni?” marah ibu. Along hanya membungkam. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?” leter ibu lagi.


Along terus membatukan diri. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu?” Jerkah ibu. Suara Along bagai tersekat di kerongkong. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Sekarang, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.


“Sakit bu, maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.” Along meraung meminta belas si ibu. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. “Bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana kasihankan ibunya. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibu menangis lagi kerananya.


Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka.


“Ibu, ibu masak apa ni? Banyaknya lauk,” tanya Atih kehairanan. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali,” si ibu bersuara lembut. Along mengeluh. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along.“Oh patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Tapi bu, Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. Malah sebenarnya bagi ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya.


Tidak mahu mengganggu mereka, Along keluar menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga hijau yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni,’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak ada buat apa-apa, cuma nak tengok baju ni. Aku ingat nak bagi mak aku!”, jelas Along jujur. “Wah, bagus la kau ni Azam! Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku,” balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk bahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit,”kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. “Tak pelah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau,”pesan Along bersungguh-sungguh.


Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkan nafsu makannya. Dia terus berusaha mengukir senyuman. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. “Along ni teruk tau. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Alang yang belajar di sebuah sekolah berasrama penuh menggangguk. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera meluru ke biliknya.


Along nekad, esok pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Pagi itu usai solat subuh, Along terus bersiap-siap. Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.


Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah tau. Sebenarnya, kau lari dari rumah ke?” Along tersedak mendengar soalan itu. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Dia menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita ataupun impian tak?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek. “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala. “Semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya.


Petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah. Terima kasih kerana jaga saya beberapa hari ni” ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Hati Abang Joe gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe.” Balasnya dengan tenang.


Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu? Kan dia yang mulakan. Dia ejek ayah kau pembunuh dan mak kau gila.” “Tak pe lah, perkara dah berlalu. Lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang akan ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu,” jelas Along. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, tahu!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna hijau. “No problem. Tapi, mana kau dapat duit?” soal Fariz. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe.” “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la.” balas Along. “Hari lahir ibu kau hari ni ye?” “Bukan, minggu depan.” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil melakar senyuman.


Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Along terpelanting ke tengah jalan. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya.


Selesai upacara pengebumian, dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna hijau bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’

Saat Terakhir

“Kalau girl yang ucap kata cinta dulu, apa pendapat kau?” soal Sarah. Aduh, kenapa girl ni tanya aku soalan macam tu? Aku terdiam seketika. Memandang ke arah langit. Ku kerling dia yang sedang meminum air kesukaannya, 100 Plus. Lesung pipit kelihatan di pipi kirinya.


“For me, depends la. Kalau kena dengan boy yang tak kisah and boy tu pun suka kat girl tu, okey la,” jawabku. Betul ke apa yang aku cakap ni ye? Argh, susah betul la kalau lepak dengan budak ni. Masalah hati je dia nak tanya. Mentang-mentang la kerja part time dia penulis novel.


“Bagi kau?”. Gulp!


“Kenapa? Kau syok kat aku ke?”. Dia menggeleng laju.


“Aku just asking for my new novel.”


“Novel baru lagi? Well, kali ni apa tajuknya? Ni aku kena minta komisen ni. Banyak pakai ayat aku.”


“Saat Terakhir,” jawabnya ringkas. Petang ni tak banyak cakap pulak budak ni. Pandangannya asyik tertumpu ke langit. Angin menderu lembut. Dia menarik snow cap yang dipakainya.


“Nazrol, kau suka aku tak?”soalnya tiba-tiba. Aku menarik nafas. Fuh, soalan yang aku boleh agak bakal ditanya olehnya. Kebelakangan ni student lain sering tanya kitaorang yang kami ni couple ke? Mungkin kerana kami asyik kelihatan bersama. Well, maybe dia pun fikirkan benda yang sama. Aku tak tau apa yang dia rasa tapi aku….


“Aku dah agak kau sure akan tanya aku benda alah ni. Well, aku sukakan kau, tapi aku tak nak kau menaruh pape kat aku. Kita still student. Banyak lagi yang perlu kita fikirkan selain benda ni. Kau ada kelebihan dan kekurangan. Tapi itu yang specialnya tentang diri kau. Aku sukakan kau.. sebagai kawan”. Dia tersenyum.


“Kau jangan la serius sangat. Aku just tanya la. Bukannya aku minta kau jadi boy aku. And jangan sesekali bagi jawapan yang menjaga hati aku. Aku accept apa je yang kau nak cakap,” ujarnya lembut. Memang kelembutan sentiasa melingkari setiap kata-katanya.


“Sarah, kau kenapa petang ni? Macam ada problem je. Hei, kau tak macam selalu la.”


“Hmm.. tak sia-sia kau jadi kaunselor aku. Faham je apa aku rasa. Aku nak balik la. Penat betul hari ni. Salam.” Dia lantas melompat dari tembok tempat duduk kami. Aku mengikutnya.


Kenapa perasaan aku tak tenang sejak girl tu tanya soalan benda alah tu ye? Aku feel something je ni. No! Jangan kata aku like budak kecik tu? Nonsense! Buku Psychology Gorgeous yang aku baca ni pulak kenapa tak masuk satu pun isinya? Esok dah la ujian mid sem. Sesal betul la follow budak tu tengok show parkour petang tadi. Seriau!


“Abang, abang busy ke? Nad nak tanya something pasal chemistry nia la. Nad tak faham bab ni.” Nadia, satu-satunya adik yang aku ada tup-tup lak muncul dalam bilik aku ni. Budak ni memang tak pandai nak ketuk pintu dulu betul la.


“Tadi busy tapi baca-baca macam tak masuk fikiran la. Hmm.. Tanya la,”jawabku. Dia mendekatiku. Buku teks kimia tingkatan empat beralih tangan. Chemical formulae, oh, tajuk ni. Senang-senang. Aku menerangkan dan menunjukkan cara mudah menghafal formula bab ini kepadanya. Nadia mengangguk-angguk. Faham la tu agaknya.


“Nadia, apa Nadia akan rasa kalau Nad suka seorang boy ni and you spoke to him but then boy tu tolak Nadia?”. Entah kenapa aku main tanya kat adik aku ni. Dia masih memandang bukunya.


“Maybe Nad akan malu untuk berdepan dengan boy tu dah.”


“Oh.”


“Oit, kau menung apa ha?” soal Sarah Aku terkesima dengan kehadirannya yang agak tiba-tiba. Buku Pra-Empire yang kubaca pantas kututup. Senyuman antara ikhlas dengan tidak je aku hulurkan. Semenjak petang hari tu, aku jadi segan untuk bertemu dengan budak ni. Padahal benda tu dah dekat seminggu berlalu. Tongong la aku ni.


“Nothing la. Just study untuk test mid sem. Kau senang la.”


“Kau ni over stuggle la. Just relax ok. Kat Floor Rockstar ada show parkour dari Melbourne. Jom.”


“Kau dengan parkour kau je la. Berapa jam?”. Mungkin rasanya aku tak perlu tanya soalan ni. Aku memang dah tahu. Mesti satu jam punya la. Berada disampingnya membuat aku sentiasa merugikan satu jam masa belajarku.


“An hour je,” jawabnya tersenyum. Kulihat mukanya macam lebih pucat daripada biasa. Kenapa ye? Atau aku sahaja yang berperasaan lain macam?


“Nadia, kalau ada boy yang declare that Word kat Nad then Nad refuse kat dia and after that dia just buat muka steady je bila jumpa Nad, what your conclusión?”. Nadia tergelak mendengar bicaraku tentang isu yang tak pernah-pernah ingin aku bangkitkan.


“Well, boy tu just main-main dengan kata-katanya. Abang, apa yang susahnya nak sebut perkataan cinta?”. Ish adik aku ni. Banyak songeh pulak dia.


“Kau budak-budak. Apa kau tahu?”. Dia tak serius dengan kata-katanya? Argh, kenapa aku kisah sangat benda ni? Biar je la.


Aku tak tahu kenapa tapi aku sudah mula menjauhkan diri daripada Sarah. Entah sudah berapa kali panggilan telefonnya tidak kuangkat dan mesejnya tidak kubalas. Aku merasa bersalah namun, aku tidak mahu mendera perasaan aku lagi. Berada disisinya membuatkan aku tertarik untuk memilikinya. Bila hal itu berlaku, aku yakin, kami tak mungkin akan serapat sekarang.


Hal ini berlanjutan hingga ke sem dua. Aku dapat tahu dari member-member yang lain, dia bakal keluar dari matrikulasi ni. Apa sebabnya? Entah la. Aku berminat juga untuk mengetahuinya tetapi fikiran ini mencegah daripada jasad untuk menggerakkannya.


“Abang, tolong bawa Nad ke kedai buku boleh tak?”. Sia Nadia ni. Macam la aku ni driver dia. Dah la everytime aku bawa dia naik EX5 aku tu, asyik melalak je. Laju sangat la, itu la, ini la. Banyak songeh!


“Ye la. Tapi duit minyak lain kira tau,” ujarku. Dia tersenyum.


Hmm.. ini la girls. Kalau dah sampai kat rak novel, bukan main lama lagi berdiri membaca sinopsis cerita tu. Melihat akan satu novel bercover putih dan ada girl and boy sedang tengok parkour menarik perhatianku. Saat Terakhir. Okey, must buy!


“Aku dah nak mati, Naz..”


Mendengar ungkapan Sarah ketika aku menelefonnya sebentar tadi membuat jantung aku hampir berhenti berdegup. Dia menghidap barah otak dan akan menjalani pembedahan beberapa jam lagi. Novel Saat Terakhir yang dikarang olehnya benar-benar mengisahkan perasaannya padaku. Dia memang sukakan aku sejak dulu lagi. Tetapi dia hanya pendamkan kerana risau aku akan menolaknya. Dan ketika soalan itu benar-benar dihadapkan ke arahku, jawapannya amat tepat. Namun, dia tetap anggap biasa kerana tak mahu aku jauh darinya. Dan hakikatnya, aku semakin jauh untuk dia kejar.


Seandainya~


Ini mesej terakhirnya untukku sebelum dia memasuki bilik pembedahan. Oh, tidak! Tuhan, tolong jangan ambil dia sebelum aku mengungkapkan kata cintaku untuknya. Aku sayangkan dia…


Tak pernah terfikir olehku


Tak sedikit pun kumenyangka


Kau akan pergi tinggalkan kusendiri


begitu sulit ku bersangka


begitu sepi kurasakan


kau akan pergi tinggalkan kusendiri


di bawah batu nisan kini


kau telah sandarkan kasih sayang mu begitu dalam


sungguh ku tak sanggup ini terjadi


kerna kusangat cinta


inilah saat terakhirku


melihatkanmu jatuh air mataku


menangis pilu


hanya mampu ucapkan selamat jalan kasih


satu jam saja ku telah bisa


cintai kamu dihati ku


namun bagiku melupakanmu


butu waktuku seumur hidup


satu jam saja ku telah bisa sayangi kamu dihatiku


namun bagiku melupakanmu


butu waktuku seumur hidup


dinantiku


-Sarah

Friday, January 8, 2010

Shin Chan vs Pucca #2

Episod 2 >

Baju kemeja hijau daun pisang dibutang kemas setelah memakai tudung putih. Skirt labuhnya yang berwarna hijau lumut diperbetulkan. Seusai siap semuanya, dia menghadap laptop. Ada window yang diabaikan semenjak petang semalam.

“Eh, dari Garu,” ujar Feyra gembira. Sudah dua minggu dia tidak menerima khabar daripada sahabat yang dari Australia dan dikenali melalui Yahoo Messenger itu.

-Salam ukhwah penuh kebahagiaan Meg. Saya berada di Malaysia.-

Feyra tersenyum. Tangannya pantas menaip sesuatu.

-Wasalam Garu. Baguslah. Saya harap kita dapat berjumpa. ^_^-

Beberapa minit kemudian, mesejnya dibalas. Eh, cepat..?

-Mungkin belum masanya. Time to go. Daa~-

Feyra mengeluh. Sudah dapat mengagak jawapan Garu. Dia mengambil beg sekolahnya. Pagi itu dia ke sekolah dengan hanya berjalan kaki. Basikalnya kotor dan ibu bapanya pula telah ke Jepun untuk bercuti. Tinggallah dia bersama abangnya yang banyak menghabiskan masa di kedai alatan muziknya.

“Okay class. Today, we’ll have new student, from Australia. Let him introduce himself. Okay?”. Kolej D-inter-C yang merupakan sebuah sekolah antarabangsa sering menempatkan pelbagai jenis pelajar dari seluruh Negara.

“I’m El Hadifzi from Sdyney. I think that enough right? Okay, where’s my seat?”. Feyra memandang pelajar di hadapan kelas. Hatinya terdetik, lelaki semalam..!

“You can sit next to Mr. Mckeal. Okay class………”. Sir Sam sudah mula mengajar namun satu pun tidak melekat ke dalam fikiran Feyra. Dia asyik melihat lelaki tersebut. Macam lelaki semalam tapi dia ni panjang sikit rambut dia dan macam agak kasar je. Semalam bukan main lagi senyuman dia. Salah orang ke ye?

Tiba waktu rehat,

“Awak, terima kasih pasal semalam,” ucap Feyra. Hadifzi memandang kea arah satu-satunya gadis yang memakai tudung di kelas itu. Kind of weird!

“Hmm? Who are you? Have me met before?” soalnya pula. Suara Hadifzi bernada geram. Feyra tersentak.

“Nevermind. But thanks for lending me a hand yesterday.”

“Bila masa pulak aku tolong kau?”.

Huh? Pandai pun Malay. Sepak jugak budak ni kang. Suka hati kau la. Aku dah ucap terima kasih. Chow! Tak akan semata-mata nak meng’explain kat mamat ni, aku kena korbankan waktu rehat aku. Huh, tak kuasa…………

Usai sekolah, Feyra membuat keputusan untuk lalu di hadapan villa itu lagi. seperti semalam, nada gesekan viola tetap sayu. Tiba-tiba deria pendengarannya menangkap bunyi sesuatu yang pecah dan serta-merta, gesekan viola terberhenti. Lelaki semalam memandang Feyra dengan senyuman. Viola digesek kembali menggunakan tangan kiri. Lelaki itu berhenti menggesek apabila tirai tingkap tersebut ditutup oleh seseorang.

Feyra melangkah longlai mengesat air matanya yang mengalir kerana nada gesekan viola tadi. Mengapa nada mainan violanya tidak semanis senyumannya? Hati Feyra tertanya-tanya.

-Garu, kenapa kadang-kadang apa yang kita fikirkan tak sama dengan apa yang kita lihat?-

-Problems at school?’-

-Kinda-

-Ada sebab dan musabab. Perhatikan dan buat kesimpulan berdasarkan hikmah yang diperoleh, bukan dengan mata, tetapi dengan hati. Mungkin dia bukan seperti yang awak lihat-

-Awak ni… macam tau2 je-

Feyra berhenti menaip. Jiwanya sedikit tenang. Garu, kenapa nama dia Garu? Hahaa~ kelakar pulak. Feyra tersenyum.

El Asyraf tersenyum. Rasa-rasanya Meg perempuan hari tu..! kenapa nama dia Meg? Kinda sweet.

“Raf, semalam kau keluar rumah ye?” soal Hadifzi. Beg sekolahnya dihempas ke atas katil. Asyraf mengangguk.

“Kau ni memang tak faham bahasa kan? Kalau mama dengan papa tahu, habislah kau…”.

Asyraf menggeleng laju.

“oh, lupa pula, mama dengan papa kan kat Sydney. Kita yang terkapai kat Malaysia ni. Dah la panas. Macam apa je. Kau dah makan?” soal Hadifzi. Asyraf mengangguk.

“Kau masak sendiri?”. Asyraf menggeleng.

“Hey Raf, at least buat isyarat la. Susah oh kau asyik angguk geleng je. Dah la sunyi.” Hadifzi mengeluh. Pakaian seragam sekolahnya dicampak ke atas katil. Asyraf kemudiannya mengutip dan menyangkutnya.

“Raf, bring me makanan. Lapar la,” pinta Hadifzi. Asyraf tersenyum. Adik kembarnya itu suka benar menyuruhnya melakukan macam-macam dan dia hanya menurut. Sebelum turun ke ruang makan, dia menutup kembali computer ribanya.

Papa dan mama mereka, En. Haz Abdullah dan Pn. Maria merupakan seorang usahawan berjaya di Sydney, Australia. Asyraf ialah anak sulung keluarga itu. Disebabkan sesuatu peristiwa, dia mengalami trauma lantas bisu. Papa dan mamanya kemudian bersikap pilih kasih. Oleh itu, adik kembarnya, Hadifzi lebih disayangi. Asyraf tidak dibenarkan keluar rumah kerana khuatir kecacatannya akan dipersoalkan.

Asyraf yang sedang membawa dulang berisi makanan menuju ke bilik tiba-tiba dipanggil oleh Cik Sal, pembantu rumahnya.

“Are those for Hadi?”. Asyraf mengangguk.

“Let me bring its.” Asyraf menggeleng. Tangan kanannya menunjukkan isyarat tidak.

Asyraf membukan pintu biliknya. Kelihatan Hadifzi telahpun tidur. Makanan diletakkan di atas meja. Wajah adiknya dipandang lemah. Kau bebas ke mana sahaja tapi aku…

“Eh, kau pe hal?” jerit Hadifzi tiba-tiba. Dia menggosok matanya.

‘Makan?’ Asyraf membuat isyarat tangan.

“Nanti la…!”

‘Perut sakit nanti’

“Hey bisu, kau jangan nak sibuk-sibuk la. Nanti, nanti la..!” bentak Hadifzi. Asyraf terkedu. Dia melangkah ke meja belajar. Computer ribanya dibuka. Ada window yang yang muncul sebaik sahaja dia meng’sign in’ id nya.

-Garu, esok saya exam. Wish me good luck, can you?

-My dear Meg, don’t worry ok. The future is already in your hands.

-Well.. Tak yakin la.

-Usaha la..!! ganbatte-ne..!! Saya sentiasa ada untuk awak.

Asyraf tersenyum.

“Kau chat dengan siapa tu sampai senyum macam kerang busuk!” ujar Hadifzi. Asyraf menoleh ke arahnya dan menggeleng.

“Raf, aku nak minta tolong kau sesuatu.”

‘Apa?’

“Esok…Erm… Aku exam. Kau boleh gantikan aku?”. Muka Asyraf berkerut. Biar betul budak ni. Aku dah lama tak sekolah. Yea… Aku akui aku lagi pandai daripada dia… Ehem! Perasan lak… Tapi, dia lupa ke yang aku ni… and, papa mama?

“Don’t worry la. Papa mama kan lambat lagi balik. Kita ni siapa la bagi diaorang. Besides, kau teringin nak pergi sekolah kan? Ye la… bercampur dengan budak-budak biasa.”

Asyraf tersenyum, memang dia mahukan semua itu, tetapi daipada nada suara Hadifzi, gayanya umpama ingin mempergunakan dia sahaja. Lama berfikir, Asyraf akhirnya mengangguk. Apa-apa pun, itu satu-satunya cara untuk dia keluar daripada villa tersebut. Kesempatan tersebut harus digunakan sepenuhnya sementara papa dan mamanya di luar Negara.

“Yeah! That’s my bro. Okay la, aku nak makan kat bilik aku.” Hadifzi mengambil dulang makanan dan keluar dari bilik Asyraf. Asyraf sekali lagi tesenyum.

Keesokan harinya, Asyaf bangun awal walaupun sememangnya dia sering bangun awal. (apa la yang penulis ni mencarot. Ish3) Usai mandi, dia ke bilik Hadifzi.

“Ya my bro. baju kat dalam almari. Belum iron lagi.” setelah memberitahu Asyraf, dia kembali tidur. Asyraf menggeleng. Bilik adiknya begitu bersepah. Baju-baju kotor berlonggok dan pinggan tidak berbasuh. Huh, berbau!

Erm… Baju kemeja putih berlengan panjang bersama vase hitam, tali leher hijau lumut dan seluar putih. Agak smart juga uniform sekolah ni. Setelah siap berpakaian, dia melihat dirinya di cermin. Apa beza aku dan Hadifzi? Dia burung di luar sangkar dan aku dikurung di sangkar. Itukah ?

bersambung >

Thursday, January 7, 2010

Lakaran Iman di Nisan #4

Episod 4 >

Sebulan berlalu setelah jawatan naqibah surau dan ahli BIDA aku terima. Mungkin ada hikmah disebalik segala yang berlaku. Tetapi yang paling memeranjatkan aku apabila aku dipilih sebagai naib pengerusi BIDA. Biar betul? Ya Allah, seperti berat sahaja tanggungjawab yang harus aku terima namun aku pasti, terlindung pengajaran pastinya. Seperti yang Tsaharah selalu kata, hidup ini akan dipenuhi cas-cas positif jika kita sentiasa mencari di mana sumber tarikan elektrostatik yang betul.

“Assalamualaikum. Syatrul Iman, right? Maaf pasal hari tu,” ucap Hakimi yang secara tiba-tiba muncul di hadapan pintu kelas. Aku terkaku, reaksi spontan yang terjadi apabila seorang lelaki berbicara. Buku di atas meja pantas sahaja kumasukkan ke loker di belakang kelas. Ya Allah, semoga lelaki ini cepat beredar dari penglihatanku. Hakimi masih di tepi pintu, tersenyum sambil matanya menyeroti setiap perlakuanku. Apa yang dia lakukan ni? Di dalam kelas ini Cuma ada aku seorang. Dia sebagai ex-ketua BIDA seharusnya lebih mengerti akan situasi sebegini. Mana Tsaharah ni?

“Syat dah lupakan Akie?” soalnya tiba-tiba. Keningku terangkat memikirkan soalannya.

“Siapa?” soalku kemudiannya. Dia tersenyum lagi. ya Allah, kenapa lama sangat Tsaharah ke kantin ni?

“Akie..” Dia menunjukkan dirinya. Aku masih dibelenggu ketidakfahaman.

“Abang Hakim, apa abang buat kat sini?”. Alhamdulillah. Tsaharah, kau muncul tepat pada masanya aku hendak keluar dari kelas ini. Tidak sanggup aku menahan godaan syaitan yang mula menusuk-nusuk ke kalbu. Eh, sebentar. Abang?

“Abang on the way nak masuk kelas. Lalu sini kan?” Hakimi tersengih. Tsaharah menumbuk lembut lengan Hakimi. Aku agak tergamam. Tidak mungkin Tsaharah akan bermesra sedemikian dengan seorang lelaki yang bukan mahramnya. Ya Allah, jangan biarkan hasutan syaitan terus merajai fikiranku.

“Izzidah, siapa lelaki yang hantar Izzah balik tadi?”. Daripada nada suara Abang Iman aku dapat merasai kemarahan yang ditahannya. Kak Izzah Cuma mendengus kemudian berlalu ke bilik. Abang Iman segera beristigfar. Nafasnya sudah turun naik menahan amarahnya. Semuanya gara-gara Kak Izzah yang membonceng motorsikal seorang lelaki ketika pulang dari kelas tambahan petang tadi. Aku mendekati abang kesayanganku itu.

“Abang, macam abang cakap. Sobaru minal Iman. Abang janganlah marah-marah. Adik tak suka.” Dia mengusap kepalaku. Tubuhku ditarik ke pelukannya. Aku dapat dengar tangisan kecilnya.

“Abang Iman kenapa?” soalku.

“Syat kena ingat ye sayang. Haram bagi seorang muslim menyentuh seorang yang bukan mahramnya tanpa berlapik. Adalah lebih elok seorang lelaki itu dipaku kepalanya daripada dia menyentuh kulit seorang wanita yang bukan mahramnya. Syat faham?”. Aku Cuma mengangguk. Tanpa kata, Abang Iman menarik aku ke ruangan solat.

“Syat, setiap orang yang beriman,malu menjadi perhiasannya. Jika perasaan malu itu pun sudah tiada, apa yang akan terjadi pada iman? Hmm.. Ya Allah, selamatkanlah keluarga ini.”

Tapi Abang, adik pun Iman jugak. Abang pun Iman jugak. Maknanya kita ni adalah perhiasan setiap orang la kan,” ujarku. Dia melemparkan senyumannya.

bersambung >

Lakaran Iman di Nisan #3

Eposod 3 >

“Syat, Syat kena ingat yasta’izu billah. Pohonlah perlindungan Allah.” Abang Iman membaluti tanganku yang luka. Kesakitan itu seperti tidak terasa apabila kelembutan tangan Abang Iman memegang lenganku dan meniup-niup disekitar luka yang panjangnya hampir sejengkal itu menyapa pandanganku. Ketika aku sedang menikmati makan malam sebentar tadi, secara tiba-tiba Abang Zid mendekatiku dan menoreh tanganku dengan pisau. Aku terkedu dan bicaraku terputus apabila Abang Iman segera menyambut tubuhku yang hampir terjatuh menyembam ke lantai. Aku cukup tidak gemar dengan cecair merah yang mengalir keluar itu.

Lama juga aku tidur dipangkuannya. Sebaik sahaja aku tersedar, senyumannya bertandang dipenglihatanku.

“Abang Iman nanti balik asrama lagi ke?” soalku. Aku tidak mahu terus tinggal dengan Abang Zid dan Kak Izzah. Mereka selalu menyuruhku melakukan macam-macam untuk mereka. Aku penat. Aku sudah tidak tahan menanggung derita. Abang Iman, tolong…

“Sayang, sabar ye. Andai sahaja Syat adik kandung abang.” Aku lantas bangun dari pangkuannya. Aku mula merasa kesakitan di lenganku.

“Adik bukan adik abang ke?” soalku. Dia tersenyum.

“Tidak Syat. Syat adik abang untuk selama-lamanya,” ujarnya kemudian. Aku tahu ada yang diselindungkan oleh Abang Iman Cuma usiaku terlalu membataskan segala pertanyaanku.

“Adik sayang abang…”

“Abang pun sayang adik,” ucapnya dan aku tidur dengan lenanya pada malam itu.

“Salam ukhwah dari saya. Terlebih dahulu, saya perkenalkan diri saya. Iman Hakimi dari Badan Islam Dakwah dan Akhlak or BIDA. Kamu semua merupakan calon naqib wanaqibah yang bakal dilantik dengan harapan kamu dapat mentarbiahkan pelajar-pelajar di sekolah ini ke arah yang lebih baik dari segi akhlaknya. Tugas kita lebih berat daripada tugas pemimpin rakan sebaya because tanggungjawab kita adalah membawa manusia kea rah kebaikan, kebenaran. Saya perlukan seseorang yang mampu membuat anjakan paradigma. Sesiapa rasa jawatan ini terlalu membebankan untuknya, diminta keluar dari bilik ini sekarang.”

Aku dibelenggu dengan keputusan yang harus dilakukan. Ya Allah, apa yang telah Kau tentukan untukku. Jika ini kehendakMu, aku terima. Tetapi bolehkah aku membimbing orang lain sedangkan untuk melampiaskan tanggungjawab kepadaMu sahaja aku masih terkapai-kapai. Wajarkah aku bersuara untuk meminta tempoh dalam musyawarah ini?

bersambung >