Eposod 3 >
“Syat, Syat kena ingat yasta’izu billah. Pohonlah perlindungan Allah.” Abang Iman membaluti tanganku yang luka. Kesakitan itu seperti tidak terasa apabila kelembutan tangan Abang Iman memegang lenganku dan meniup-niup disekitar luka yang panjangnya hampir sejengkal itu menyapa pandanganku. Ketika aku sedang menikmati makan malam sebentar tadi, secara tiba-tiba Abang Zid mendekatiku dan menoreh tanganku dengan pisau. Aku terkedu dan bicaraku terputus apabila Abang Iman segera menyambut tubuhku yang hampir terjatuh menyembam ke lantai. Aku cukup tidak gemar dengan cecair merah yang mengalir keluar itu.
Lama juga aku tidur dipangkuannya. Sebaik sahaja aku tersedar, senyumannya bertandang dipenglihatanku.
“Abang Iman nanti balik asrama lagi ke?” soalku. Aku tidak mahu terus tinggal dengan Abang Zid dan Kak Izzah. Mereka selalu menyuruhku melakukan macam-macam untuk mereka. Aku penat. Aku sudah tidak tahan menanggung derita. Abang Iman, tolong…
“Sayang, sabar ye. Andai sahaja Syat adik kandung abang.” Aku lantas bangun dari pangkuannya. Aku mula merasa kesakitan di lenganku.
“Adik bukan adik abang ke?” soalku. Dia tersenyum.
“Tidak Syat. Syat adik abang untuk selama-lamanya,” ujarnya kemudian. Aku tahu ada yang diselindungkan oleh Abang Iman Cuma usiaku terlalu membataskan segala pertanyaanku.
“Adik sayang abang…”
“Abang pun sayang adik,” ucapnya dan aku tidur dengan lenanya pada malam itu.
“Salam ukhwah dari saya. Terlebih dahulu, saya perkenalkan diri saya. Iman Hakimi dari Badan Islam Dakwah dan Akhlak or BIDA. Kamu semua merupakan calon naqib wanaqibah yang bakal dilantik dengan harapan kamu dapat mentarbiahkan pelajar-pelajar di sekolah ini ke arah yang lebih baik dari segi akhlaknya. Tugas kita lebih berat daripada tugas pemimpin rakan sebaya because tanggungjawab kita adalah membawa manusia kea rah kebaikan, kebenaran. Saya perlukan seseorang yang mampu membuat anjakan paradigma. Sesiapa rasa jawatan ini terlalu membebankan untuknya, diminta keluar dari bilik ini sekarang.”
Aku dibelenggu dengan keputusan yang harus dilakukan. Ya Allah, apa yang telah Kau tentukan untukku. Jika ini kehendakMu, aku terima. Tetapi bolehkah aku membimbing orang lain sedangkan untuk melampiaskan tanggungjawab kepadaMu sahaja aku masih terkapai-kapai. Wajarkah aku bersuara untuk meminta tempoh dalam musyawarah ini?
bersambung >
No comments:
Post a Comment