Episod 4 >
Sebulan berlalu setelah jawatan naqibah surau dan ahli BIDA aku terima. Mungkin ada hikmah disebalik segala yang berlaku. Tetapi yang paling memeranjatkan aku apabila aku dipilih sebagai naib pengerusi BIDA. Biar betul? Ya Allah, seperti berat sahaja tanggungjawab yang harus aku terima namun aku pasti, terlindung pengajaran pastinya. Seperti yang Tsaharah selalu kata, hidup ini akan dipenuhi cas-cas positif jika kita sentiasa mencari di mana sumber tarikan elektrostatik yang betul.
“Assalamualaikum. Syatrul Iman, right? Maaf pasal hari tu,” ucap Hakimi yang secara tiba-tiba muncul di hadapan pintu kelas. Aku terkaku, reaksi spontan yang terjadi apabila seorang lelaki berbicara. Buku di atas meja pantas sahaja kumasukkan ke loker di belakang kelas. Ya Allah, semoga lelaki ini cepat beredar dari penglihatanku. Hakimi masih di tepi pintu, tersenyum sambil matanya menyeroti setiap perlakuanku. Apa yang dia lakukan ni? Di dalam kelas ini Cuma ada aku seorang. Dia sebagai ex-ketua BIDA seharusnya lebih mengerti akan situasi sebegini. Mana Tsaharah ni?
“Syat dah lupakan Akie?” soalnya tiba-tiba. Keningku terangkat memikirkan soalannya.
“Siapa?” soalku kemudiannya. Dia tersenyum lagi. ya Allah, kenapa lama sangat Tsaharah ke kantin ni?
“Akie..” Dia menunjukkan dirinya. Aku masih dibelenggu ketidakfahaman.
“Abang Hakim, apa abang buat kat sini?”. Alhamdulillah. Tsaharah, kau muncul tepat pada masanya aku hendak keluar dari kelas ini. Tidak sanggup aku menahan godaan syaitan yang mula menusuk-nusuk ke kalbu. Eh, sebentar. Abang?
“Abang on the way nak masuk kelas. Lalu sini
“Izzidah, siapa lelaki yang hantar Izzah balik tadi?”. Daripada nada suara Abang Iman aku dapat merasai kemarahan yang ditahannya. Kak Izzah Cuma mendengus kemudian berlalu ke bilik. Abang Iman segera beristigfar. Nafasnya sudah turun naik menahan amarahnya. Semuanya gara-gara Kak Izzah yang membonceng motorsikal seorang lelaki ketika pulang dari kelas tambahan petang tadi. Aku mendekati abang kesayanganku itu.
“Abang, macam abang cakap. Sobaru minal Iman. Abang janganlah marah-marah. Adik tak suka.” Dia mengusap kepalaku. Tubuhku ditarik ke pelukannya. Aku dapat dengar tangisan kecilnya.
“Abang Iman kenapa?” soalku.
“Syat kena ingat ye sayang. Haram bagi seorang muslim menyentuh seorang yang bukan mahramnya tanpa berlapik. Adalah lebih elok seorang lelaki itu dipaku kepalanya daripada dia menyentuh kulit seorang wanita yang bukan mahramnya. Syat faham?”. Aku Cuma mengangguk. Tanpa kata, Abang Iman menarik aku ke ruangan solat.
“Syat, setiap orang yang beriman,malu menjadi perhiasannya. Jika perasaan malu itu pun sudah tiada, apa yang akan terjadi pada iman? Hmm.. Ya Allah, selamatkanlah keluarga ini.”
“Tapi Abang, adik pun Iman jugak. Abang pun Iman jugak. Maknanya kita ni adalah perhiasan setiap orang la
No comments:
Post a Comment