Episod 2 >
Baju kemeja hijau daun pisang dibutang kemas setelah memakai tudung putih. Skirt labuhnya yang berwarna hijau lumut diperbetulkan. Seusai siap semuanya, dia menghadap laptop. Ada window yang diabaikan semenjak petang semalam.
“Eh, dari Garu,” ujar Feyra gembira. Sudah dua minggu dia tidak menerima khabar daripada sahabat yang dari Australia dan dikenali melalui Yahoo Messenger itu.
-Salam ukhwah penuh kebahagiaan Meg. Saya berada di Malaysia.-
Feyra tersenyum. Tangannya pantas menaip sesuatu.
-Wasalam Garu. Baguslah. Saya harap kita dapat berjumpa. ^_^-
Beberapa minit kemudian, mesejnya dibalas. Eh, cepat..?
-Mungkin belum masanya. Time to go. Daa~-
Feyra mengeluh. Sudah dapat mengagak jawapan Garu. Dia mengambil beg sekolahnya. Pagi itu dia ke sekolah dengan hanya berjalan kaki. Basikalnya kotor dan ibu bapanya pula telah ke Jepun untuk bercuti. Tinggallah dia bersama abangnya yang banyak menghabiskan masa di kedai alatan muziknya.
“Okay class. Today, we’ll have new student, from Australia. Let him introduce himself. Okay?”. Kolej D-inter-C yang merupakan sebuah sekolah antarabangsa sering menempatkan pelbagai jenis pelajar dari seluruh Negara.
“I’m El Hadifzi from Sdyney. I think that enough right? Okay, where’s my seat?”. Feyra memandang pelajar di hadapan kelas. Hatinya terdetik, lelaki semalam..!
“You can sit next to Mr. Mckeal. Okay class………”. Sir Sam sudah mula mengajar namun satu pun tidak melekat ke dalam fikiran Feyra. Dia asyik melihat lelaki tersebut. Macam lelaki semalam tapi dia ni panjang sikit rambut dia dan macam agak kasar je. Semalam bukan main lagi senyuman dia. Salah orang ke ye?
Tiba waktu rehat,
“Awak, terima kasih pasal semalam,” ucap Feyra. Hadifzi memandang kea arah satu-satunya gadis yang memakai tudung di kelas itu. Kind of weird!
“Hmm? Who are you? Have me met before?” soalnya pula. Suara Hadifzi bernada geram. Feyra tersentak.
“Nevermind. But thanks for lending me a hand yesterday.”
“Bila masa pulak aku tolong kau?”.
Huh? Pandai pun Malay. Sepak jugak budak ni kang. Suka hati kau la. Aku dah ucap terima kasih. Chow! Tak akan semata-mata nak meng’explain kat mamat ni, aku kena korbankan waktu rehat aku. Huh, tak kuasa…………
Usai sekolah, Feyra membuat keputusan untuk lalu di hadapan villa itu lagi. seperti semalam, nada gesekan viola tetap sayu. Tiba-tiba deria pendengarannya menangkap bunyi sesuatu yang pecah dan serta-merta, gesekan viola terberhenti. Lelaki semalam memandang Feyra dengan senyuman. Viola digesek kembali menggunakan tangan kiri. Lelaki itu berhenti menggesek apabila tirai tingkap tersebut ditutup oleh seseorang.
Feyra melangkah longlai mengesat air matanya yang mengalir kerana nada gesekan viola tadi. Mengapa nada mainan violanya tidak semanis senyumannya? Hati Feyra tertanya-tanya.
-Garu, kenapa kadang-kadang apa yang kita fikirkan tak sama dengan apa yang kita lihat?-
-Problems at school?’-
-Kinda-
-Ada sebab dan musabab. Perhatikan dan buat kesimpulan berdasarkan hikmah yang diperoleh, bukan dengan mata, tetapi dengan hati. Mungkin dia bukan seperti yang awak lihat-
-Awak ni… macam tau2 je-
Feyra berhenti menaip. Jiwanya sedikit tenang. Garu, kenapa nama dia Garu? Hahaa~ kelakar pulak. Feyra tersenyum.
El Asyraf tersenyum. Rasa-rasanya Meg perempuan hari tu..! kenapa nama dia Meg? Kinda sweet.
“Raf, semalam kau keluar rumah ye?” soal Hadifzi. Beg sekolahnya dihempas ke atas katil. Asyraf mengangguk.
“Kau ni memang tak faham bahasa kan? Kalau mama dengan papa tahu, habislah kau…”.
Asyraf menggeleng laju.
“oh, lupa pula, mama dengan papa kan kat Sydney. Kita yang terkapai kat Malaysia ni. Dah la panas. Macam apa je. Kau dah makan?” soal Hadifzi. Asyraf mengangguk.
“Kau masak sendiri?”. Asyraf menggeleng.
“Hey Raf, at least buat isyarat la. Susah oh kau asyik angguk geleng je. Dah la sunyi.” Hadifzi mengeluh. Pakaian seragam sekolahnya dicampak ke atas katil. Asyraf kemudiannya mengutip dan menyangkutnya.
“Raf, bring me makanan. Lapar la,” pinta Hadifzi. Asyraf tersenyum. Adik kembarnya itu suka benar menyuruhnya melakukan macam-macam dan dia hanya menurut. Sebelum turun ke ruang makan, dia menutup kembali computer ribanya.
Papa dan mama mereka, En. Haz Abdullah dan Pn. Maria merupakan seorang usahawan berjaya di Sydney, Australia. Asyraf ialah anak sulung keluarga itu. Disebabkan sesuatu peristiwa, dia mengalami trauma lantas bisu. Papa dan mamanya kemudian bersikap pilih kasih. Oleh itu, adik kembarnya, Hadifzi lebih disayangi. Asyraf tidak dibenarkan keluar rumah kerana khuatir kecacatannya akan dipersoalkan.
Asyraf yang sedang membawa dulang berisi makanan menuju ke bilik tiba-tiba dipanggil oleh Cik Sal, pembantu rumahnya.
“Are those for Hadi?”. Asyraf mengangguk.
“Let me bring its.” Asyraf menggeleng. Tangan kanannya menunjukkan isyarat tidak.
Asyraf membukan pintu biliknya. Kelihatan Hadifzi telahpun tidur. Makanan diletakkan di atas meja. Wajah adiknya dipandang lemah. Kau bebas ke mana sahaja tapi aku…
“Eh, kau pe hal?” jerit Hadifzi tiba-tiba. Dia menggosok matanya.
‘Makan?’ Asyraf membuat isyarat tangan.
“Nanti la…!”
‘Perut sakit nanti’
“Hey bisu, kau jangan nak sibuk-sibuk la. Nanti, nanti la..!” bentak Hadifzi. Asyraf terkedu. Dia melangkah ke meja belajar. Computer ribanya dibuka. Ada window yang yang muncul sebaik sahaja dia meng’sign in’ id nya.
-Garu, esok saya exam. Wish me good luck, can you?
-My dear Meg, don’t worry ok. The future is already in your hands.
-Well.. Tak yakin la.
-Usaha la..!! ganbatte-ne..!! Saya sentiasa ada untuk awak.
Asyraf tersenyum.
“Kau chat dengan siapa tu sampai senyum macam kerang busuk!” ujar Hadifzi. Asyraf menoleh ke arahnya dan menggeleng.
“Raf, aku nak minta tolong kau sesuatu.”
‘Apa?’
“Esok…Erm… Aku exam. Kau boleh gantikan aku?”. Muka Asyraf berkerut. Biar betul budak ni. Aku dah lama tak sekolah. Yea… Aku akui aku lagi pandai daripada dia… Ehem! Perasan lak… Tapi, dia lupa ke yang aku ni… and, papa mama?
“Don’t worry la. Papa mama kan lambat lagi balik. Kita ni siapa la bagi diaorang. Besides, kau teringin nak pergi sekolah kan? Ye la… bercampur dengan budak-budak biasa.”
Asyraf tersenyum, memang dia mahukan semua itu, tetapi daipada nada suara Hadifzi, gayanya umpama ingin mempergunakan dia sahaja. Lama berfikir, Asyraf akhirnya mengangguk. Apa-apa pun, itu satu-satunya cara untuk dia keluar daripada villa tersebut. Kesempatan tersebut harus digunakan sepenuhnya sementara papa dan mamanya di luar Negara.
“Yeah! That’s my bro. Okay la, aku nak makan kat bilik aku.” Hadifzi mengambil dulang makanan dan keluar dari bilik Asyraf. Asyraf sekali lagi tesenyum.
Keesokan harinya, Asyaf bangun awal walaupun sememangnya dia sering bangun awal. (apa la yang penulis ni mencarot. Ish3) Usai mandi, dia ke bilik Hadifzi.
“Ya my bro. baju kat dalam almari. Belum iron lagi.” setelah memberitahu Asyraf, dia kembali tidur. Asyraf menggeleng. Bilik adiknya begitu bersepah. Baju-baju kotor berlonggok dan pinggan tidak berbasuh. Huh, berbau!
Erm… Baju kemeja putih berlengan panjang bersama vase hitam, tali leher hijau lumut dan seluar putih. Agak smart juga uniform sekolah ni. Setelah siap berpakaian, dia melihat dirinya di cermin. Apa beza aku dan Hadifzi? Dia burung di luar sangkar dan aku dikurung di sangkar. Itukah ?
bersambung >