New Entri

Thursday, January 7, 2010

Lakaran Iman di Nisan #1

Episod 1 >

Bilik Abang Iman terus menjadi destinasi larianku saat itu. Masuk sahaja ke kamarnya, tubuh Abang Iman terus menjadi sandaranku. Abang Iman yang sedang berdiri terus melutut untuk menyamakan ketinggiannya denganku. Aku menangis semahu-mahunya di dada Abang Iman.

“Apa yang menyebabkan adik Abang ni dirundung kesedihan? Siapa durjana yang menitip kepiluan pada hati Syatrul Iman ni?” soalnya penuh kelembutan. Aku diam tanpa bicara. Hanya sedu sebagai tanda.

“Ukhti Izzah sama Akhi Zid cakap Syat anak luar nikah lagi?”. soalan itu menggetarkan jiwaku.

“Syat, innama yuwaffas sobiruna ajrahum bighairi hisab. Sesungguhnya hanya orang-orang yag bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. Ingat sayang, Allah sentiasa berada bersama orang-orang yang sabar,”ucapnya penuh tarbiah. Jiwaku bertambah tenang namun bergolak kembali saat melihat beg pakaian di sisi katil.

“Abang Iman dah nak balik asrama ke?”. Dia mengusap kepalaku. Usiaku yang baru berusia 7 tahun dipeluknya lembut.

“Semalam abang lihat, ada jiran baru bertandang di rumah sebelah. Manis mukanya. Mungkin seusia Syat rasanya. Nanti, Syat bersahabat dengannya ya?”. Aku menggeleng. Aku hanya mahu Abang Iman.

Astagfirullah! Aku melihat jam di sisi meja. Jarum pendeknya sudah menunjukkkan jam 7. Beg sandang di atas katil lantas kucapai dan kelas 4 Al Biruni menjadi sasaranku. Alhamdulillah Ya Allah.. Akhirnya aku berjaya mencapai cita-cita pertamaku, menjadi pelajar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak. Betapa aku mengingini pelajaranku disambung di sekolah berasrama penuh iaitu tempat yang sama abangku, Halawatul Iman bermusafir untuk mencari ilmunya.

“Iman !” aku lantas menoleh ke belakang sebaik sahaja mendengar namaku dipanggil oleh seseorang. Tiba-tiba tubuhku terasa dihempap oleh sesuatu yang berat dan mataku mulai berpinar-pinar. Sakitnya tidak terperi.

“Maaf. Totally in hurry. Sorry ya?”. Dia lalu mengambil beg yang terlepas daripada genggamannya dan kemudiannya tergesa-gesa menuju ke arah lelaki yang yang memanggil nama Iman sebentar tadi. Aku lantas bangun dan membetulkan tudungku. Buku-buku yang bertaburan segera kuambil. Kulihat wajah lelaki yang melanggar kutadi. Iman jugakah namanya? Ya Allah, Syatrul Iman, tundukkan pandanganmu. Bukankah ada hadis yang mengatakan, pandangan merupakan panah beracun dari iblis. Maka sesiapa yang menundukkan pandangannya, Allah akan memberi ketenangan ke dalam hatinya..

Orientasi pelajar baru membawa aku kepada tugasan untuk mendapatkan lima puluh tandatangan daripada pelajar senior atau dalam bahasa mudahnya, pelajar Tingkatan Lima. Aku merenung ke arah kertas A4 di tangan. Alhamdulillah, berkat pertolongan Allah dan kerjasama ahli seorientasi, 46 tandatangan sudah berjaya aku dapatkan. Destinasi aku seterusnya ialah kelas 5 Al-Farabi. Ya Allah, permudahkan segala urusanku. Amin.

“Nama siapa ni?” soal seorang pelajar di hadapan pintu sebaik sahaja kakiku melangkah masuk setelah memberi salam. Dia berjalan mendekatiku. Aku tergamam. Lemah lututku untuk berbicara dengan seorang lelaki yang ajnabi pada jarak sedekat ini. Aku mengundurkan diri untuk keluar dari kelas tersebut.

“Taqiudin, jangan syadid sangat.” Kertas A4 ditanganku dicapai lembut lalu tandatangannya lantas dicoret dan enam angka hujung pada kad pengenalannya terus dicatat.

“Syukran. Barakallah.”

Dia tersenyum.

bersambung >

No comments:

Post a Comment