Episod 2 >
“Syat, kenapa lara masih membaluti hati kecil ni?”. Tangan Abang Iman menyentuh dadaku. Keprihatinannya menumpahkan lagi cintaku untuknya. Aku duduk di ribanya, di atas sejadah yang masih belum diangkat usai solat magrib tadi.
“Syat mahu belajar baca doa tak sayang?”. Aku mengangguk laju. Senyuman yang beraksesorikan lesung pipit di pipi kirinya pantas sahaja dilemparkan.
“Ikut baca dengan abang ya sayang. Ya Allah, jadikanlah diriku tetap berpegang teguh dengan agama-Mu, mentaati-Mu, mentaati Rasul-Mu. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada apa yang menjadi batas-batas larangan-Mu. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang yang mencintai-Mu, malaikat-malaikat-Mu, para Rasul-Mu dan mencintai para solihin.
Ya Allah, berikanlah kemudahan bagiku untuk beramal soleh, jauhilah diriku daripada melakukan kejahatan, ampunilah aku di dunia dan di akhirat lalu jadikanlah aku orang yang bertakwa. Ya Allah, Engkau telah berfirman; Berdoalah kepadaKu, maka aku akan memakbulkan untuk kamu sekalian. Sesungguhnya Engkau telah memberi hidayah Islam kepadaku, maka janganlah Engkau mencabutku darinya dan janganlah Engkau cabut Islam dariku hingga Engkau mencabut nyawaku sedang aku selalu berada di atasnya.”
Awan mula berarak mendung. Usai perhimpunan rasmi di Kalang Cekal sebentar tadi, mulailah kehidupan aku sebagai seorang pelajar sepenuh masa setelah tujuh hari orientasi sebagai pelajar baru. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Hatiku tiba-tiba berdegup kencang. Ya Allah, bahana apakah ini? Jauhkan aku daripada pandangan hitam dunia, duhai Tuhan.
“Iman, termenung jauh nampak,” ujar Tsaharah. Aku tersenyum. Dia menarik tanganku dan jari telunjukku dihalakan ke langit.
“Allah menciptakannya begitu indah sehingga sahabatku yang ini melebihkan pandangannya terhadap ciptaan Tuhannya yang itu berbanding yang ini.” Tanganku ditarik menghalakan ke tubuhnya. Aku menggelengkan kepala melihat telatahnya. Bagiku, antara semua sahabat, af’alnyalah yang paling comel. Lesung pipit terserlah di kedua-dua belah pipinya.
“Asra, tanpanya kita tidak boleh hidup tau,” ujarku. Keningnya terangkat. Tanganku dilepaskan dan jarinya bermain-main didagunya, memikirkan kata-kataku mungkin.
“Asra tak faham la kata-kata Iman.” Jujur sungguh ucapannya.
“Setiap sesuatu yang Allah ciptakan punya fungsinya yang tersendiri. Lihat awan, dia menolong mengurangkan sinaran matahari yang panas untuk kita.” Tsaharah lantas mengangguk.
Mendengar nama kami dipanggil oleh rakan-rakan sekelas yang lain, khilaf mula terasa. Ya Allah, semoga aku boleh mengawal segala kekhilafan yang berlaku. Astagfirullah. Tag nama lantas aku perbetulkan. Tangga-tangga di Kalang Cekal itu pantas kami turuni dan setelah pengawas bertugas memeriksa tag nama yang menjadi kewajipan untuk memakainya setiap hari. Destinasi seterusnya, kelas 4 Al-Biruni, syurga ilmu aku baru.
Masa melangkah pantas sehingga aku tidak sedar sedikitnya waktu untuk dimanfaati dengan doa. Zuhur mula bertandang. Kelasku yang dekat dengan musolla memperdengarkan aku dengan azan mendayu dek laungan seorang lelaki. Ya Allah, merdunya suaranya. Aku lantas beristigfar dengan pujianku sebentar tadi. Berzina telingakah aku? Maafkan aku Tuhan.
“Iman, dalam banyak-banyak benda kat sekolah ni, apa yang paling menarik minat Iman?” soal Tsaharah usai kami solat di surau. Aku sekadar tersengih.
“Cakapla…cakapla…”.
“Hmm… Apa ye? Alaa… Iman tak ada la jawapannya sekarang. InsyaAllah, malam nanti boleh tak? Di dorm?”. Tsaharah menggenggam kedua tangannya.
“Alhamdulillah. Yes… yes!! Hehee.”
Malam akhirnya bersua. Aku duduk di tangga sebelah kamarku yang mengahala kea rah
“Assalamualaikum wahai intan payung Tsaharah yang comel lagi cute ni,” ucap Tsaharah dari tangga atas. Dia mendekatiku lalu duduk disebelahku. Pandangannya tertumpu pada novel ditanganku. Aku tersenyum.
“Bacalah kalau ada masa lapang. Seronok.” Novel itu bertukar tangan. Keceriaan jelas tergampar di wajahnya. Tubuhku dipeluknya lembut.
“Okay-okay. Sekarang, Asra nak jawapan Iman. Cepat bagi, kalau tak, As panggil mama As then Asra suruh babap Iman. Padan muka.” Aku ketawa mendengar omelannya.
“Yelah sayang.” Aku menarik tangannya dan jari telunjuknya kuhalakan ke langit malam nun di hujung melepasi
“Wah, cantiknya. Subhanallah.”
“Itu ialah Genting Highlands disebalik Banjaran Titiwangsa. Kat tempat Iman, hanya Banjaran sahaja yang boleh dilihat, lampu-lampu tu tak ada sebab terlindung.”
“Hmm… Iman, cantik itu subjektif tetapi beribadah dengannya adalah sesuatu yang lebih berharga
“Iman, kenapa dengan tangan Iman ni? Panjangnya parut.” Aku melepaskan tangannya dan tanganku aku selindungkan dibalik tudung kecil yang dipakai. Selama ini mungkin dia tidak perasan kerana lenganku sentiasa aku lapiskan dengan stongan. Sebagai usaha pemeliharaan aurat, insyaAllah.
bersambung >
No comments:
Post a Comment