Episod Satu >
Syafiq memasuki Kelas 5 Alpha dengan sebuah patung yang disembunyikan dibelakang tubuh. Semoga kali ini si gadis akan menerima hadiahnya, itu ialah harapannya sejak 3 tahun berusaha untuk membuatkan gadis istimewa itu jatuh cinta padanya.
“Feyra, I’ve something for you.”
Gadis yang sedang mengemas buku-buku di loker memandang ke arah pintu. Ah, lelaki itu lagi. entah harus bagaimana lagi harus dia nyatakan, tiada cinta untuk lelaki itu. Tidakkah lelaki itu mengerti?
“Saya tak nak apa-apa la Syaf.”
“Kalau patung ni pun tak nak ke?”. Syafiq memuncungkan mulutnya. Patung yang disembunyikan dikeluarkan. Mata Feyra serta merta membesar. Patung ditangan Syafiq terus disambar. Syafiq tersenyum, sudah memahami af’al Afdatul Feyra binti Dato’ Mustafa.
“Mana Syaf dapat figure Magical Girl Moe-P ni? Ini limited edition tau. Hanya seratus je dikeluarkan, then mana ada kat
“Dah agak Feyra mesti suka. Last month, papa pergi Jepun, Syafiq pesan kat papa suruh belikan. Ini Syafiq bagi khas untuk Feyra.”
“Mesti mahal. Berapa harganya? Nanti Fey bayar semula.”
“Eh, no need la. Ini Syafiq bagi Feyra la.”
Feyra serba salah. Dia memang pantang menerima pemberan daripada seorang lelaki, tetapi dia sudah lama menginginkan patung tersebut. Edisi terhad pulak tu! Ini semua gara-gara ketaksubannya dengan kartun Crayon Shin Chan. Kalau tidak kerana kartun tersebut pasti dia tidak berhajat untuk memiliki patung itu. Lagipun watak Magical Girl Moe-P hanyalah watak sampingan iaitu superhero kegemaran Kazama. Sigh~ kerana kau Shin Chan!!
“Kazama-kun
“Eh,mana awak tahu?”
“Sebab Kazama tu macam Syafiq. Tapi Syafiq suka Feyra,”bisik Syafiq.
“Hmm? Apa awak cakap?”.
“Err.. tak ada apa-apa la,” dia menggaru kepala yang tidak gatal sambil tersengih.
“Walaubagaimanapun, thanks a lot ye awak,” ucap Feyra. Syafiq kembali ke kelasnya dengan senyuman yang tidak lekang dibibir. Terima kasih Deeja!
Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telahpun tamat. Feyra mengambil beg sandangnya. Hari ini dia terpaksa pulang ke rumahnya berseorangan memandangkan kawan baiknya, Deejatul Farhanah tidak hadir ke sekolah kerana pulang ke kampong atas urusan kecemasan keluarga.
Tiba di selekoh yang harus diambil untuk ke rumahnya, ‘AWAS, KERJA-KERJA KESELAMATAN SEDANG DIJALANKAN’. Feyra mengeluh. Ini bermakna, dia harus melalui selekoh bertentangan dengan selekoh tadi dan jarak ke rumahnya akan lebih jauh. Penatnya, bisik hati kecil Feyra.
Sedang mengayuh basikal, dia terdengar bunyi gesekan viola. Alunannya sayu. Hati Feyra tersentuh dengan nada yang amat merudum segenap ruang hatinya. Kayuhannya terhenti pabila melihat seorang lelaki yang sedang menggesek viola di sebalik tirai salah satu tingkap villa putih yang berada di hadapannya. Setahu dia, tiada orang tinggal di villa ini. Siapa la pulak mamat viola ni?
Angin tiba-tiba bertiup kencang, melayangkan helaian kertas-kertas dari tingkap villa itu terus ke arah Feyra. Feyra yang tersentak terjatuh bersama-sama basikalnya.
“Argh!” Feyra terduduk. Uniform sekolahnya kotor akibat terjatuh di lopak air. Dia
“Saya okay,”beritahu Feyra. Lelaki itu tersenyum. Tangan kirinya tetap dihulurkan. Ish, takkan aku nak sambut pulak. Bukan muhrim meyh. Tapi susah la nak bangun. Melihat Feyra yang teragak-agak, dia mengeluarkan sapu tangan dari kocek kemejanya lalu dilapikkan ditangan. Huluran tangan disambut.
“Err.. terima kasih,” ucap Feyra. Lelaki itu kemudiannya mengutip kertas-kertas yang bertaburan di jalan meskipun telah kotor dibasahi air hujan malam kelmarin. Selepas itu, dia kembali masuk ke dalam villa.
“Siapa lelaki tu?” soal Feyra sendirian. Dia menyeret basikalnya ke rumah.
Bunyi derapan kaki di belakang memberhentikan langkah Feyra. Sudah la jalan ni sunyi, ish, kenapa aku ikut jalan ni tadi? Sesal..!! feyra menoleh ke belakang, satu tamparan hinggap di pipi seorang lelaki. Lelaki itu mengusap pipinya. Alamak, maaf..!!
“Err.. Saya minta maaf,” ucap Feyra. “Awak…lelaki tadi,” sambungnya kemudian. Lelaki itu tersenyum. Dia menghulurkan beberapa keping plaster bercorak kartun seorang budak perempuan berbaju merah.
“Ha? Erm.. Terima kasih.” Senyuman lelaki itu sekali lagi menghiasi pandangan sebelum dia berlalu dari situ.
Sampai di rumah, Feyra mengambil tuala putih bergambar kartun keluarga Shin Chan di ampaian. Niatnya untuk mengulang kaji pelajaran ditangguhkan akibat penat yang teramat. Dia melangkah ke bilik air. Pili shower dipulasnnya laju.
Siap berpakaian, dia ke meja belajar. Jarum di jam Nene di atas meja yang sudah menunjukkan jam 3 langsung tidak dipedulikannya. Dia tertidur. Lagu Boys Be Brave, lagu tema Ost Crayon Shin Chan tiba-tiba berkumandang daripada telefon bimbit Feyra. Tanpa melihat nama di skrin, dia menekan punat ‘answer’.
“Salam Fey, you dah study belum normal distribution, untuk add math?” soal Deeja yang merupakan sahabat baik Feyra sejak dari tadika.
“Ni siapa?” soal Feyra dalam nada mengantok.
“Excuse me!! Deeja la. You tidur ke? Wake up la dear. Dah nak asar ni.”
“Erm.. sebab dah nak asar la I tidur before asar. Belum study lagi la. Penat,” ujar Feyra. Dia melangkah ke katilnya yang berbentuk ‘D’ mengikut bentuk kepala Shin Chan. Semuanya Shin Chan untuk kau, Feyra..!!
“Esok cikgu nak buat kuiz,” berutahu Deeja.
“Yes. I knew. Tapi, I betul-betul penat. O-yasumi
>bersambung...
No comments:
Post a Comment